Wednesday, August 11, 2010

Niat Puasa


Lafaz niat puasa harian Ramadhan


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz niat puasa untuk sebulan

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala



Doa berbuka puasa

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin



Friday, August 6, 2010

Marhaban Ya Ramadhan




Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.

Namun adakah benar kita memaknainya?
atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?

Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka
Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
RIntihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran

Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka

Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah
Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga.

Bezanya kita dengan mereka
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya

Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru

Alangkah bezanya kita dan mereka!
Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata
Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya

Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan

Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran

Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.

Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.

Apakah ada ramadhan buat kita?

Muharikah

source from Muharikah


chip*chip; Salam minna!! Sya'aban nampaknya semakin berundur dan Ramadhan bakal menjelma tiba..seronok tak? seronok kan? Bulan puasa, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Namun, antara seronok menyambut Ramadhan dan menyambut Eidul-fitr, mana satu yang paling best? hee, bagi budak-budak mesti pilih Hari Raya, sebab apa? sebab dapat duit raya la! Tapi bagi individu seperti diri ini juga tidak terkecuali masih menaruh harapan untuk dapat duit raya gak hehe~ Apa yang pasti, moga Ramadhan kali ini bisa bagi seribu makna/erti dalam kehidupan kita. Harapnya apa yang dipraktikkan dalam bulan Ramadhan nanti akan kekal dan terus lebih meningnkat amalan-amalan yang disukai dan diredhai Allah S.W.T..Ayuh sama-sama kejar Lailatul Qadar!!! Dengan penuh harapan agar kte semua dapat menghayati dan merasai keberkatan dan kemeriahan Ramadhan nanti..semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dan merasai bulan yang dinanti-nanti..yelah kan, kte mane tahu sempat ke tak nk jumpa Ramadhan walaupun hanya beberapa hari je lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...