Thursday, September 9, 2010

Hajar tag hehe





Saya sedang mendengar:

"umie, nk simpan mano tepung ni umie?" tnye adikku
gue dah chow biarkan adikku sj yg mengemasnye hihi



Mungkin saya patut:
tido, penat kemas maen ngn habok..jgn la demam



Saya suka:
maen piano,hehe..bace



Sahabat-sahabat baik saya:
mungkin sudah disamping keluarga tersayang ♥



Saya tak paham:
ngn perasaan sy sndiri..kuatkan hati teguhkan iman ye izzati



Saya kehilangan:
idea tuk hias rumah



Ramai yang berkata:
sy suke senyum



Cinta itu adalah:
anugerah yg terindah ^^



Di suatu tempat, seseorang sedang:
rindukan saya kot [pasan pasan pasan]


Saya akan cuba:
tuk dpt dekan!! innshaALlah



Ayat SELAMANYA membawa maksud:
for ever,



Telefon bimbit saya:
tok tahula dpt hdup lamo mne



Bila saya terjaga dari tidur:
bangun2!! nyanyi2..tdo balek



Saya paling meluat apabila:
seseorang yang akan say bye excited wanna say hi




Pesta/Parti adalah:
parti hari jadi..ke npe nih? xphm lor huhu



Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
kucim comelll!! kecik!



Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
zaman tadika, syok~! ada baba...


Hari ini:
kemas umah, wat sekkut, maen ngn bdk2 penat tp bahagia =)


Malam ini saya akan:
lots of things to take care i guess



Esok pula saya akan:
nk g smaye rayo! *wink*wink*



Saya betul-betul ingin:
berjaya didunia akhirat!



Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
oohhh tidakkk...
hahaha tidak ape? sy tak tegok cermin pn pg td hehe



Pusat membeli-belah atau arked permainan:
both! ki3



Makanan Barat atau Jepun :
TOMYAM, tp spaghetti mmg feveret sng pum sng nk wat..jepun sushi best la jgk,
rolled egg tu best! hehe



Bilik yang terang atau gelap:
CERIA!!!



Makanan segera adalah:
enak dimakan tp kurang kasiat



Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
tido la wahai kanak2 ribena~~



Siapa yang anda mahu tag?
amna!, syazni, hana, nani, k.ieka, tia, n kpd shaper2 yg rindukan musim tag menge'tag' hehe

Wednesday, September 8, 2010

Detik-detik akhir Ramadhan


Assalamualaikum..

Tanggal 27 Ramadhan 1429, Upin duduk termenung setelah selesai iftar jamai. Tiba-tiba Ipin datang menegur.

Ipin :Assalamualaikum bro. Kenapa muka monyok je? kene marah dengan Kak Ros ke? Hahaha. Padan muka.

Upin masih termenung. Kehadiran Ipin tidak dipedulikan. Matanya merah berair.

Ipin :Hello, anybody home! Eh, laa. Ko menangis ke Upin? Tak lelaki la macam ni. Sudah, sudah jangan menangis. Raya dah nak dekat ni. Happy-happy la sikit. Emm.. apa yang kau sedihkan sangat ni Upin?

Upin :Sob, sob (cuba menahan sebak). Raya dah nak dekat, tapi…

Ipin :tapi kau takde baju rayakan? Apa susah, suruh la nenek beli. Nak nangis buat apa. Macam budak kecik la kau ni.

Upin :Eish.. bukan sebab tu la.

Ipin :Habis tu sebab apa. Penat la tunggu jawapan kau.

Upin :Hmm.. Aku sedih sebab bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.

Ipin : Laa. Itu je yang kau sedihkan. Buat suspend aku je. Ingatkan ada kematian ke. Bro, dengar sini. Kitakan sudah berpuasa setiap hari. Petang-petang tadarus Quran. Malam-malam sembahyang terawikh, sempat moreh plak tu. Bila tiba hari raya kita enjoy la. Yuhuu. Nak main bunga api.

Upin : Memang la. Tapi cuba kau fikir. Tahun lepas pun kita berpuasa juga. Ibadah yang sama kita buat setiap tahun. Tapi perangai kita tetap sama. Mengumpat Kak Ros. Kacau kawan-kawan. Kau tak rasa pelik ke?

Ipin : Apa yang peliknya? Dah memang itu perangai kita. Nak buat macam mana.

Upin : Ye la. Tapi Allah kata, tujuan puasa ni adalah semoga mendapat ketaqwaan. Orang bertaqwa mana buat semua tu. Sepatutnya, setiap kali selepas Ramadhan, kita menjadi orang yang lebih baik. Kita ni sama je. Cuma masa Ramadhan je jadi baik sikit. Itu pun mungkin sebab adat. Orang pergi masjid, kita pun ikut sebab ramai orang buat. Orang baca quran kita pun baca. Kalau tak buat nanti rasa pelik pula.

Ipin : Betul, betul, betul. Kalau macam tu rugi la kita Upin. Penat-penat puasa tapi hanya dapat lapar dan dahaga. Macam mana ni, bulan Ramadhan dah nak habis. Dah tak sempat.

Ipin pula mula mengalirkan air mata. Seolah-olah itulah Ramadhan terakhir untuknya.

Upin : Bertenang Ipin. Allah Maha Penyayang. Kita sekarang berada di fasa terakhir Ramadhan yang mana dijanjikan malam lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Doa pula sangat mudah termakbul. Inilah kelebihan yang Allah berikan pada umat akhir zaman yang umur mereka pendek-pendek belaka. Sangat rugi orang yang tidak merebut kurniaan Allah ni Ipin.

Ipin : Bila malam lailatul qadar tu? Aku tak nak rugi la Upin.

Upin : kebanyakkan ulama berpendapat pada 10 malam terakhir. Jadi, kalau nak selamat bangun la setiap malam. Insya Allah mesti jumpa punya.

Ipin : Betul, betul, betul. Tapi malam tu nak doa apa ye? Baju raya, kasut raya, biskut raya. Banyak sangat la nak minta. Seronoknya,hihihi.

Upin : Rasulullah pernah berpesan pada Aisyah. Doa yang paling utama pada malam itu adalah memohon keampunan dari Allah. Kalau nak ikutkan Aisyah sudah dijanjikan syurga Allah tapi Rasulullah masih menyuruhnya meminta ampun dari Allah. Kita ni asyik buat kerja laghoh (sia-sia) lagi la kene minta ampun.

Ipin : A’ah la. Betul, betul, betul. Apa la aku ni. Asyik ingat hari raya je.

Upin : Tu lah. Selalu sangat dengar lagu raya. Memang la asyik fikir pasal hari raya. Lagipun aidilfitri ni kan lambang kejayaan umat Islam setelah sebulan menahan nafsu dan memperbaiki diri. Kita ni, ibadat pun buat main ikut orang. Dah jadi adat. Agak-agaknya layak ke kita nak sambut aidilfitri.

Ipin : Hmm… Kalau macam tu hari-hari akhir Ramadhan ni kenelah tumpukan sepenuhnya untuk ibadah kepada Allah. Mungkin ni ramadhan terakhir kita. Mungkin ramadhan akan datang Allah tarik nikmat kita. Nikmat sihat, kesenangan hidup. Macam umat Islam di Uguir, China. Puasa tak boleh. Nak solat terawikh pun tidak dibenarkan. Kesian diorang.

Upin :Benar. Manfaatkan saki baki ramadhan yang tinggal dengan sebaiknya. Malam ni jom ikut aku qiamullail.

Ipin : Yeay!! Jangan lupa kejut aku tau.


“Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,


“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.
(Hadis)






Masa itu seperti pedang, kalau kita tidak memotongnya dia akan potong kita, masa berlalu begitu cepat dan pantas sekali, manusia sentiasa kalah dan dikalahkan setiap kali bersaing dengan masa. Masa berjalan sangat istiqamah, masa tidak akan menunggu sesiapapun, dia akan berjalan terus, sesiapa yang terlambat atau terleka tiada siapapun yang akan dimaafkannya, bak kata suara kegesan tiada maaf bagimu.

Pada bulan-bulan yang lain kita tidak begitu prihatin dengan perjalanan masa tetapi dikala Ramadan kita akan menghitungnya setiap hari dan sangat terasa kesan peninggalannya, setiap detik dan saat menjelang waktu berbuka, kaum muslimin dan muslimat akan memantaunya sehinggalah ke saat berbuka. Betapa gembiranya ketika itu, kanak-kanakpun riuh bersama di meja makan, semua orang mengutamakan masa dan patuh pada jadual makan dan jadual menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siangnya, pada waktu malamnya pula akur dengan waktu sahur. Demikianlah Ramadan berjaya mendidik kita sehingga menukar kebiasaan dan kelaziman kepada kebiasaan dan kelaziman yang baik dan mulia. Kalau diteruskan dan dilajakkan kelaziman itu ke hadapan sehingga keluar sempadan Ramadan tentulah amat baik sekali. Kiranya ini berlaku berarti anjakan pradigma telah menjadi realiti. Atau dalam kata lain suatu penghijrahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik telah disempurnakan.

Adakah kita mendapat bingkisan yang dibawa oleh Ramadan dan disimpan di dalam stok bekalan kita untuk masa depan nanti atau hanya melihat bingkisan itu berlaku di hadapan kita sahaja. Harapan kita tentulah membumbung dan menggunung tinggi, doa kita juga mengharapkan rahman dan rahim Allah agar bingkisan dibawanya itu akan diberi-Nya kepada kita dengan itu dapatlah untuk kita buat bekalan di sana nanti.

source : here and here


Raya semakin hampir atau Ramadhan dah nak akhir?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...