rindukan adik2
rindukan teman xkira dimana jua mereka berada
rindu tu rindu jugak
tapi rindu itu datang dari mana?
rindu itu datang dari hati yg menimbulkan perasaan rindu
manakala hati pula merupakan raja dalam diri manusia
justeru rindu yang datang dari hati itu mestilah yang baik2 aja
barulah disamping derita merindui itu kita bisa mendidik hati agar menjadi baik kan?
rindu itu pada siapa sebenarnya?
seperti yang diutarakan oleh ustaz Hasrizal dalam blognya..
"Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah”
sudah terang lagi bersuluh!
jelas dan nyata kan?
kita rindukan Sang Pencipta sebenarnya kan?
kalau diratiokan..berapa agaknya kita rindukan Si Dia dalam sejam jer..kalau
nak dibandingkan kita rindukn bende2 duniawi?
Ya Allah,betapa hinanya diri ini..hambaMu yg bergelumbang dan penuh dgn dosa..sedangkan Dia Penciptamu~
Tunjukkanlah ak jalan merentasi rasa ini kerna hanya Engkaulah pemilik terbaik hati ini..dan Engkau jualah yang mampu memberi kekuatan bagi hati ini
Fikir-fikirkan kembali..tatkala hati ini merindui..sayang dan rindu kat manusia
bagaiman pula kasih dan sayang kte kpd Pesuruh Allah,pentup segala Nabi & Rasul?
Sedangkan baginda tidak pernah walau sekali pun mengabai dan melupakan umatnya..
Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Sidiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara- saudaraku (ikhwanku)," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi, "kamu adalah sahabat- sahabatku".
Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan: "Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka."
Para sahabat masih belum berpuashati dan bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?" "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!" sekali lagi Nabi menjelaskan. "Wahai Abu Bakar, tidakkah kau juga merindui ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?" Persoalan ikhwan mejadi teka-teki kepada para sahabat.
Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa Baginda namun tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Mereka membaca Quran dan Hadith serta mencintai Nabinya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam.
Kita,jika benar sekalipun mencintai Muhammad S.A.W,adalah selepas mengenalinya..Tetapi jejaka itu, mecintai kita sebelum kita wujud lagi!Gila pada manusia yang buta, tetapi luar biasa bagi yang menilai dengan jernih hati..Wahai ummat,berselawatlah ke atas Nabi yang sentiasa mencintaimu! ~Allahumma solli ala Muhammad~
[farah aisyah]
sungguh luar biasa kan Rasulullah S.A.W?
betapa bertuahnya kita dapat menjadi umat beliau.
sebagaimana maklum, mencintai Rasulullah merupakan kewajipan bg setiap muslim
dan semuanya mengakuai mencintainya namun majoritinya itu pengakuan dimulut
semata-mata..
sebagaimana kte merinduai seseorang
mesti kte duk sebut-sebut nama dy kan?
So, untuk membuktikan kecintaan kita pada Allah dan Rasul..
ayuh kita mengingati dan menyebutnya. Disamping ia dapat
menjadi barrier kte dari melakukan perkara2 yg xsepatutnya..
hati pun turut dpt faedah sama <3
jadi izzati,sudahkah kamu jelas tentangnya?
baba yang sentiasa dirinduai..akn ku tetap doakan kamu walau dimana saja
baba berada..
kondisi : derita merinduaimu~
a'a. mcm hijjaz kate ;
ReplyDelete"rindu itu adalah anugerah dari Allah.insan yg berhati nurani.punyai rasa rindu" :)
*rindu - hijjaz XD
anda rindu. bermakne anda berhati nurani. bukan begitu? :)
hati nurani?? hehehe xP
ReplyDelete