Thursday, December 13, 2012

Untuk lelaki

lelaki,
jangan mudah bermain kata.
tanpa sebarang niat merealisasikannya ke dunia nyata.

lelaki,
kerana hati kami boleh jadi terlalu rapuh,
maka pernah kau meruntuhkannya dengan rayuan dan godaan.

lelaki,
kerana hati kami sudah acapkali dicemari,
maka jangan pernah kau berniat memasukinya, menakluki hati kami,
sebagai bukti kehebatanmu.




lelaki,
ingatlah suatu perkara,
bila tiada apa yang pasti,
jangan pernah berjanji.
jangan membina harapan,
jangan membuat kami menaruh impian.
bukankah cinta tak harus melukai?

lelaki,
ketahuilah,
kami ini umpama tulang rusuk yang bengkok.
bila berkeras, ia akan patah,
bila dibiar maka akan tetap membengkok.

maka, bila tak mampu membantu kami memperbaiki diri, meningkatkan iman dan amal kami,
maka jangan kau persulitkan urusan kami.
menjauhlah dan pergi.

- buat laki-laki yang masih gagal mengerti.
dan adik-adik yang diuji.





- tersenyum-melihat-langit.tumblr.com

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...