Friday, August 7, 2020

Sugu Pavithra sudah memuatnaik/upload video di channel

Hi Semua!

Sugu Pavithra mula upload balik video di channel sedikit demi sedikit. Dan ini sangat mengembirakan pemina-peminat mereka.

Channel Youtube Sugu Pavithra

 Ringkasan kisah Sugu Pavithra :

 Pada 21 July 2020, Sugu dan Pavithra memuat naik (upload) gambar di Facebook dengan caption “Berjumpa dengan datuk bandar ipoh”. Sila rujuk gambar dibawah:


Pada 22 July 2020 pula Malaysia digemparkan dengan headline berita “Suami Youtuber  masakan terkenal direman 3 hari”. Tajuk tabloid dan artikel sebegitu megundang kerisauan kepada semua followers Channel Youtube Sugu Pavithra kerana sumber info yang dipetik mengatakan tentang isu Ikon Ipoh. Dan Sugu Pavithra merupakan calonnya.

Kisah Pavithra merisaukan rakyat Malaysia terutamanya kerana Sugu (suami) telah bertindak diluar kawalan atas pengaruh minuman keras dengan menggunakan senjata tajam. Sehubungan dengan itu,Pavithra (isteri) yang berusia 28 menegaskan mereka tidak perlukan bantuan kaunseling dan yakin dapat menyelesaikan masalah keluarganya dengan baik. Mereka inginkan hak privasi dihormati dan ingin berehat seketika dari tumpuan masyarakat. Sugu juga memutuskan untuk delete kesemua video-video didalam channel Youtube mereka. Dan ini menimbulkan kerisauan dan terkilan dari kalangan peminat mereka.

Walaubagaimanapun, pada 28 Julai 2020 mereka mula memuat naik video pertama mereka bertajuk “Dalca tulang kambing”

 

Kari Kepala Kambing - Sugu Pavithra


Video kedua yang dimuat naik pada 30 Julai 2020 di channel mereka menampilkan Pavithra menjelaskan punca sebenar kejadian merbahaya tersebut.

Pavithra memaklumkan punca sebenar kejadian itu beraku kerana keluarga mula berani meminta dan meminjam duit dari pasangan ini. Sedangkan semasa pasangan ini masih di estet dan selama Pavithra berkahwin dengan Sugu selama 7 tahun, keluarga Pavithra tidak pernah menyokong mahupun menolong mereka.

 


Di dalam video ini juga Pavithra mejelaskan Sugu bukan lah seorang pemabuk.

Pavithra juga menegaskan, dia berasa tidak selesa bila hal peribadi dia dijadikan seolah-olah merupakan masalah besar bagi negara. Dalam kata lain, dia hanya ingin mnjalani kehidupan yang normal dan sederhana tanpa menjadi perhatian umum.

Apapun keputusan keluarga mereka, kita wajib hormati. Sebenarnya kita semua concern dengan family dia, yelah bukan nak sibuk hal mereka sekeluarga. Rata-rata yang menyukai channel Sugu Pavithra memang suka tengok cara dia bercakap, humble dan lemah lembut je. . Sama-sama lah kita doakan kebahagiaan dan keselematan bagi mereka sekeluarga.

Sending love and support  <3

Thanks for reading!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...