Saturday, February 19, 2011

'si dia' yang patut dikenali dan dikasihi

Assalamualaikum...

Syukur semua agenda arini selamat smpai ke pengakhiran walau ada sorang team bola One Disa sesak nafas dan terpaksa masuk wad, sekarang keadaan dah stabil, Alhamdulillah.

Esok Ahad, lecture sume tengah tunggu lab report[s], saper yg xsiap lagi xtaulah gane keadaan malam ni..haha... Isnin test, selasa ada appt, by hook or by crook I need to go back to my hometown...aching in my body sometimes unbearable..but sabr and syukr are wonderful things izzati. Nama pun Izzati, so buktikan maksud namamu itu ye..


Hyung!! noona terharu sangat noona termasuk dalam list tu..
sppechless T-T
tapi part memuji tu cam nmpak sangat hyung rindukan noona
haha...herm...and thankz jugak sbb postkan entry2 yang memberi input bermanfaat, love reading that! Dulu kte mmg minat korea tp sekarang dah berkurang kasih dan perhatian kat mereka sebab kte sume dah makin jelas dengan matlamat hidup, Alhamdulillah. Kte same2 lalui musim 'kegilaan korean' dulu dan sama2 tolong ingat mengigati balik..thankzz



I love u
You love me
InshaAllah ukhuwah fillah... :0 :) :)
saranghae saranghae saranghae saranghae

and lastly,
jom jawab soklan ni..
buktikan cinta kita kat 'si dia'
cintakan 'si dia' tak? mestilah WAJIB cintakan 'si dia'
kerana 'dia' lah pembawa cinta
dan 'dia' lah yang sentiasa mengasihi kita
walau 'dia' tidak pernah berkenalan dan melihat kita
kasih dan sayang 'si dia' terhadap kita tak pernah pudar....
Peace be upon you Ya Rasulullah.

credit to hyung!


haaa...dah jawab dah sumer?
Alhamdulillah kalau bleh jawab sume ngn baik
dan yang wat2 lupe tu sila berusaha lagi yer :)
ayuh kita sama2 mengenali peribadi Rasulullah tercinta

bisikan hati ; lirik lagu, kisah hidup artis korea sume leh hafal dan ingat. Siap carik info2 diorang kat internet lagi, pasal Rasulullah penah tak wat camtuh dengan rela hati tanpa paksaan dari assignment tau report? Lu pikir lah .... artis korea walau cakap sayang kat peminat diorang pn, dy xleyh kasi pape pn, just give us sedikit keseronokan je, kalau lebih2 jadi lalai plak.. Then, kalau mengenali Rasulullah, hati menjadi tenang, syahdu je sebab kita ngerti ada orang yang sayangkan diri kita kan2?

okela,
away for now...c ya soon :)
May be blessed...




Friday, February 18, 2011

Masih ada yang menyayangimu....


Salam minna :)

penah rasa sunyi tak?
sedih? dipinggir? terpinggir? dah sape swuh meminggirkan diri huhu
alaa...sedih la hidup ni kalau tak dihiasi ngan kasih sayang dan cinta, rase suram je..kosong.
tambah2 lagi bile kene marah ngan parent ke, gaduh ngan adik ke, ayah duk jauh ke memang rasa kelam je hidup ni..xde warna.. Kadang2 air mata mungkin tersesat mengalir membasahi pipi, entah kenapa dan tanpa sebab jadi begitu. Reasonnye pun kadang2 xkonkrit langsung..

Bak kata Farah Adlina, remaja ni memang sunyi, kadang2 tersalah pilih jalan untuk mengisi kesunyian ini. Remaja sunyi kerana inginkan perhatian yang lebih, inginkan kasih sayang yang lebih..dikasihi dan mengasihi..Namun, memang fitrah manusia pn inginkan perhatian, lebih2 lagi bdk2 kecik yg cute2 nakal2 tu.

Dalam entry Farah pun ade sebut, perhatian dari parent tu penting untuk anak2. Perhatian adik beradik pun tak kurang hebatnya. Masing2 ada tanggungjawab yang harus dipikul sebab kite sume kan khalifah, walau jin, setan juga merupakan makhluk Allah namun penciptaan kita ni sangatlah special sebab diangkat sebagai khalifah. bangga tak semua?


Kadang2 heran dan pelik, diorang penuhi kesunyian, kebosanan tu ngan mende yang boleh menyakitkan hati orang...hermm...entah apa masalah diorang, tolong hentikan segala lakonan, tingkatkan kesedaran menuju matlamat ye semua, yosh!

tak yah sedih2, pujuklah hati damaikannya dengan alunan merdu Al-Quran, heal your heart by reading Al-Quran. Allah never leaves us, it is us who always forget to remember The Almighty, our Creator...

kakak syg kamu adik2, kkak syg umie..kkak syg sume
don't walk behind me, I will not lead, don't walk in front of me cuz I might not follow
but please walk beside me and hold my hand..I need your strength to face with all those hurtful things..

Nah, syukurlah kamu menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
kerana Muhammad S.A.W sentiasa mendoakan kesejahteraan kita
kerana Muhammad sentiasa cintakan kita
sungguh bertuah kita semua, hasil rahmat dan kasih sayang baginda,
kita semua diberikan banyak kelebihan..masih bersedih lagikah wahai hati?
La tahzan, innallaha ma ana...



Sedangkan Siti Aisyah r.a sungguh gembira dan ceria bila kekasih Allah itu mendoakan untuknya, kita? Apa yang kite rasa? Mungkin kecintaan pada Rasulullah tu tak tebal sangat sebab tu tak rasa sangat cinta dan kasih sayang baginda terhadap diri kite. Terasa berdosa dan hinanya diri ini bila tersedar dari mimpi dunia yang fana ini. Adakah diri ini cintakan 'benda lain' melebihi kecintaan terhadap Rasulullah dan Pencipta? Ya Allah...ampunilah hambaMu ini..


diri sunyi..
diri sedih....
terasa sepi...
ingin dikasihi
ingin disayangi
inginkan perhatian

ingatlah hati dan diri
Nabi mu sentiasa merindui mu wahai diri
Nabi mu sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya
Ingatlah bahawa kasih sayang Allah melebihi kasih sayang ibu wahai diri
Jika terasa sunyi, ingatlah hati bahawa Allah sentiasa memerhatimu diri
Kiri kanan Allah sediakan malaikat untuk kite semua..
tengoklah betapa dirimu amat disayangi
dirimu dijaga oleh Ilahi sejak d'dlm kandungan lagi
Allah hadirkan Muhammad mengajarkan kita cinta
Hadirnya Muhammad ingin membimbing kita menuju syurga..

Allah sayang kamu, Muhammad S.A/W rindukan mu...teruskanlah perjuangan baginda..tanggungjawabmu adalah mengikuti segala ajaranya...
rugilah hidup jika dibazirkan dengan perkara yang leka
hancurlah hidup jika dipenuhi dengan perkara yang tak membawa ke syurga
Sedihnya Rasulullah mengetahui bila umatnya menyimpang dari ajaran yang dibawanya
Ya Allah, ampunilah diri ini..dimana leka yang sentiasa memakan diri

Kamu tak sanggup berkorban untuk Islam?
sedangkan Rasulullah bersusah payah untuk menyampai Islam kat kta semua,
adakah ini dinamakan cinta?

Rasulullah di hina, dimaki dan dilukai,
demi menyelamatkan umatnya dari api neraka
demi membawa kita ke syurga..
Apakah sikit pun dirimu tak hiraukannya?

Sungguh mulia manusia yang bernama Muhammad Bin Abdullah
sentiasa mendahulukan umatnya lebih dari diri sendiri
sungguh mulia dirimu ya Rasulullah..

ingatlah hati,
disaat diri rasa tak dikasihi
...Rasulullah sentiasa menyayangimu diri
Allah sentiasa merahmatimu...
semoga engkau tenang wahai hati
abaikan segala keresahan hati
pertingkatkan keimanan dalam diri
mungkin hati merindui ikatan hati antara Penciptanya
mungkin hati ingin bertemu dengan Penciptanya
mungkin hati merindui Rasulullah yang sentiasa menyayangimu
...............................buktikan kecintaanmu...
Good Luck diri :)


miss u baba,
hope u do well
where ever your are and what ever you do
I'll still right here waiting for you, loving you
May Allah Bless you ya abi..

lastly, maybe there have some misunderstanding between some ppls, sorry..

Saturday, February 12, 2011

Semuanya pinjaman

Assalamualaikum :)

C.I.N.T.A
aha~
nk tergelak pun ade tengok title kat atas tu. Tak caye je zaty nk bercakap tentang cinta.
Kat mane2 bleh jmpe cinta, tapi kte xsemestinya terus describekannya sebagai cinta sebab ia bermula dengan suka, terpikat then blablabla


perasaan ni senanya semakin kte layan semakin menjadi-jadi
tak caye cubalah, hehe
it is safe to try this at home but remember, your heart is fragile than you ever think girls
so, jangan nak main2 dengan hati yang dikurniakan Ilahi ini,
tak kah hati ini merupakan anugerah?
kalau pemberian orang dan lebih2 lagi ini pemberian dari Pencipta kita,
adakah patut kite wat gitu2 jer kot?
mestilah kite patut jaganya leklok
sebab jasad ni sume hanyalah pinjaman dariNYA
and then bile kte meminjam mestila kene pulangkan balik
oh no, dah rosak ke barang pinjaman tu?
macam mana ni?
nasib baik hati ni boleh baiki lagi kan?
kalaula kite rosakkan barang orang laen
memang susahla nak dapatkan kemaafan dari 'orang tu' kan?
tapikan, cube renungkan balik


Allah bagikan kita jasad, tubuh badan
ada hati..ada perut, jantung, kidney, blood, cells, tissue...and so on
ada pernah tak Allah mintak kita bayar balik apa yang Allah bagikan?
Ada pernah tak Allah akan stopkan fungsi2 yang segala tubuh badan kite perlu lakukan bila kita lakukan salah silap? Bile kite tak wat apa yang Allah suruh dan sentiasa rasa senang hati wat mende yang Allah larang? Xde kan? MasyaAllah, sungguh Pemurah Pencipta kita kan? Dia sentiasa bagi kite peluang untuk berubah dan baiki balik semua yang telah buruk..tapi kite jer yang agak 'liat' nak sedarkan diri dan bagun tuk jadi muslimah yang tegar, yang nekad mengejar cintaNYA.

Selalu asyik duk nak carik cinta manusia
tapi bile dapt cinta manusia
ade macam2 cara plak selaras ngan peredaran zaman yg moden ni
memangla sumer bercita2 nak smpai ke gerbang perkahwinan
tapi 'on the way' menuju ke fasa itu
patutkah kite nodai dengan segala maksiat
yang akan menutup segala keberkatan alam rumahtangga kelak?

Bila dah janji nak sehidup semati
bila dah setuju untuk berkongsi hati
semuanya bagaikan menghalalkan apa yang kite jaga selame nie
dah siap bertepuk sentuh bahu cubit2 macam perkara biase dah
dah lupe dah apa yang digariskan dalam Islam
apa yang ditetapkan oleh Allah..
astaghfirullah, kite leka..kite lupe..kite lalai, xde orang tolong ingatkan
sebab bagi kite bende ni perkara biase
sebab bagi semua bende ni ikut peredaran semasa
sebab bagi semua bende ni leceh nak ikut sebab sekarang kene ada pengalaman dan practise untuk berdepan dan bergaul dengan lelaki
sebab keje nanti gane2 pun mesti ada lelaki dalam komuniti
so.......dah terbang habis dah apa yg di promotekan oleh Rasulullah tersayang
dimanakah iman didalam diri?
menebal atau menipis?


ingat kisah Siti Fatimah AzZahra isteri Saidina Ali,
walaupun Siti Fatimah pernah ada perasaan suka kat Saidina Ali
beliau tak pernah luahkannya kat Saidina Ali
last2 mereka ditemukan dalam alam perkahwinan
so, what we can conclude here is, have faith in Allah.
tapi bak kata Ustaz Hasrizal, kalau xde usaha pun xleh gak..
Disebab Islam sebagai cara hidup..gunakan segala method dan instructions secara sepenuhnya
Semua bende bleh buat bergantung pada niat, tepuk dada tanyalah Iman
Insya'Allah semuanya akan selamat, hati pun tenang, believe in Allah, yeas we should :)


Thursday, February 10, 2011

some things are better left unspoken



it's hurting.... :(


oke, stop the drama izzati
*sigh*
I'm here breathing as a 20 y/o girl women??? , oh gosh, it sounds old though T_T.. everybody knew it..

Thnx to my BELOVED ROOMMATES kak wan, kak tie, kak ilah and also kak tikah, kak diyana, kak balqis..domo arogatou gozaimasu unnie :)
I got birthday surprise from them, I'm nearly fall asleep before knowing that they were preparing birthday party and I know it must be for k.zaty because that day is her birthday. But then when kak tikah holding cake coming in from the door entering my room kak tie suddenly grasp my hand then wished me birthday. Aha~ lucu lucu,, birthday party for both Izzati's that born on the same month..we are happy being a feb kiddo guys :) lol


And also, thanks to Ayh Min and Che Su for sending me lemang, yeah, that's nice to have lemang on our birthday party..taking pics and record the vid then watching it again really burst into laughing.. a wonderful night even both Izzati not really well at that moment..light fever and running nose are left behind covered with a delightful feeling inside of us..so sweet la mereka sume :)

I failed organic chem quiz but then it triggers me to GET UP. doww I can't beat kak wan with her 100% mark but Alhamdulillah test 1 I got what I want..thanks Allah. I'll try to get better than that while keep holding A grade for this code, and also for bio, csc, mat?, phy?? I really wish for it...please make it comes true Allah..

And Bieha!! domo arigatou, kamsahamnida sweetie :)
tak sangka awk ni romantik juga rupanya ye..hehe
lepas berpenat lelah berdepan dengan bermacam2 kerenah bus TRANS,
ur present really have power to enhance my mood again :) u're great la bieha muacchxx
Love u girlfriend!

Lost your pen = No pen

No pen = No notes

No notes = No study

No study = Fail

Fail = No diploma

No diploma = No work

No work = No money

No money = No food

No food = You get skinny

You get skinny = Then you get ugly

Ugly = No love

No love = No marriage

No marriage = No children

No children = Alone

Alone = Depression

Depression = Sickness

Sickness = Death

Lesson: Don’t lose your pen or you will die.

(Source: belovatic, via ipp-od)



love you umie and adik2 :)
every year got a memorable moment

Tuesday, February 1, 2011

Semoga kamu selamat sahabat2ku ameenn!!


Salam minna~san!
Sehat? Bagus la kalau sehat, Alhamdulillah :)
Kepada yg xberapa sehat tu tabahkan hati tuk telan obat2 bittersweet itu yer haha..

First and foremost saya agak terkejut mendengar berita tentang keadaan di Mesir!
Yep Mesir, tempat dimana ramai jugakla sahabat2 yang dikasihi menuntut ilmu disana.
Memula dengar memang agak terkejut. Ya Allah, camnela condition sahabat2 kat sane..wuhuuu...agak risau gak la sebab aku memang saayang diorang. Asiah, Bie, kak Elah Na, Teha dan ramai lagi. Semoga dibawah lindunganNYA tomodachi!

Tadi jenjalan ngan nani, adik kak elah..huhu,mestila risau kalau ada famili yang stuck kat sane. Dahla rompakan banyak, nauzubillah yang pelik2 tu. Orang arab ni kalau yang baik memang la baik and kalau yang jahat tu..fuuhh, xyah nak kate la..memang jahat. Sebab tu Allah S.W.T turunkan Nabi dari kalangan diorang sebab nak perbetulkan akhlak sejahat Firaun. Kerajaan MALAYSIA!! SAYA MENYERU AGAR KAMU MEMBAWA PULANG PELAJAR2 MALAYSIA YANG STUDY KAT SANE! Kan 1Malaysia kan? dalam tb pun duk sebot2 'terima kaseh malaysia' so kenela mintak ngan Malaysia tuk jaga keselamatan pelajar2 Malaysia kat saner gak. Negara2 len bleh jer amek pelajar warganegara diorang pulang ke tanah air, mesti kite bleh punyerr...nama lagi NEGARA HARMONI kan kan? Nama lagi NEGARA AMAN, KAYA dengan SUMBER ALAM...mestilah BANYAK DIUT kan?? Ke duk simpan niat nak bina bangunan TERPANJANG didunia plak bia kasi gempaq Malaysia sampai taknak kesah dah ngan pelajar2 Malaysia Di Mesir? huhu...sori, terlalu emosional sket..

Walaupepun, Hanya pada Allah lah tempat bergantung harap, moga Allah membuka pintu hati orang2 bertanggungjawab untuk memantau, menjaga keselamatan pelajar Malaysia yang duk kat Mesir sebab diorang kan pemerintah, ada kuasa, pilihan rakyat. Insya'Allah, Ameenn!!!

okeh enrty kat bawah ni sedikit info untuk dishare yg dianbil kt sini
kredit to HYUNG and BIEHA



(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua


Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...