Sehat? Bagus la kalau sehat, Alhamdulillah :)
Kepada yg xberapa sehat tu tabahkan hati tuk telan obat2 bittersweet itu yer haha..
First and foremost saya agak terkejut mendengar berita tentang keadaan di Mesir!
Yep Mesir, tempat dimana ramai jugakla sahabat2 yang dikasihi menuntut ilmu disana.
Memula dengar memang agak terkejut. Ya Allah, camnela condition sahabat2 kat sane..wuhuuu...agak risau gak la sebab aku memang saayang diorang. Asiah, Bie, kak Elah Na, Teha dan ramai lagi. Semoga dibawah lindunganNYA tomodachi!
Tadi jenjalan ngan nani, adik kak elah..huhu,mestila risau kalau ada famili yang stuck kat sane. Dahla rompakan banyak, nauzubillah yang pelik2 tu. Orang arab ni kalau yang baik memang la baik and kalau yang jahat tu..fuuhh, xyah nak kate la..memang jahat. Sebab tu Allah S.W.T turunkan Nabi dari kalangan diorang sebab nak perbetulkan akhlak sejahat Firaun. Kerajaan MALAYSIA!! SAYA MENYERU AGAR KAMU MEMBAWA PULANG PELAJAR2 MALAYSIA YANG STUDY KAT SANE! Kan 1Malaysia kan? dalam tb pun duk sebot2 'terima kaseh malaysia' so kenela mintak ngan Malaysia tuk jaga keselamatan pelajar2 Malaysia kat saner gak. Negara2 len bleh jer amek pelajar warganegara diorang pulang ke tanah air, mesti kite bleh punyerr...nama lagi NEGARA HARMONI kan kan? Nama lagi NEGARA AMAN, KAYA dengan SUMBER ALAM...mestilah BANYAK DIUT kan?? Ke duk simpan niat nak bina bangunan TERPANJANG didunia plak bia kasi gempaq Malaysia sampai taknak kesah dah ngan pelajar2 Malaysia Di Mesir? huhu...sori, terlalu emosional sket..
Walaupepun, Hanya pada Allah lah tempat bergantung harap, moga Allah membuka pintu hati orang2 bertanggungjawab untuk memantau, menjaga keselamatan pelajar Malaysia yang duk kat Mesir sebab diorang kan pemerintah, ada kuasa, pilihan rakyat. Insya'Allah, Ameenn!!!
okeh enrty kat bawah ni sedikit info untuk dishare yg dianbil kt sini
(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua
Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.
No comments:
Post a Comment