Saturday, May 14, 2011

Ada rasa antara mereka, mereka bertahan..bertahan, akhirnya bersatu jua , jom baca kisah cinta :)

13 Tahun Mencari Cinta



Assalamualaikum wbt

Sebulan menyepi baru kini saya berpeluang menulis kembali. Sebenarnya entri ini sudah sebulan juga saya siapkan. Tapi sungguh. Saya terlalu sibuk dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya untuk kerap menjenguk blog. Saya setakat membaca komen dan mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan melalui email saja. Selebihnya, sama ada saya oncall di hospital atau saya terlepek kepenatan tak berdaya di rumah. Dan diam tak diam juga, telah genap dua bulan kami berkahwin. Alhamdulillah. Tiada yang tidak indah melainkan yang indah-indah belaka, insya Allah. Setiap hari pun rindu. Bila dapat berjumpa di hujung minggu, Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa baru terasa diri ini sempurna kembali.

Saya yakin ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saja saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin. Hehe. Saya sendiri pun macam tak percaya bahawa saya akan berkahwin pada tahun ini. Dan bila sudah selesai akad nikah, rasa macam tak percaya saya sudah pun berkahwin. Dan yang paling kerap ditanya: Kenapa tiba-tiba nak kahwin dan macam mana bertemu dengan suami? Ish ish ish. Terlalu ramai yang bersemangat inkuiri yang tinggi ni. Seperti yang saya janjikan sebelum berkahwin dulu, saya hanya akan menceritakan semuanya selepas sah kami bergelar suami isteri.

Cerita Versi Sarah

Saya dan suami merupakan teman sekelas dari darjah 4 hingga 6. Iya. Kami kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia pelajar yang baru berpindah masuk ke sekolah itu pada tahun 1995. Kami tidak rapat pada mulanya. Sehinggalah tahun 6, barulah kami bertegur sapa. Itupun kerana kami berdua diletakkan oleh ustazah di bilik guru untuk program gempur UPSR. Kawan-kawan yang lain semuanya belajar di dalam dewan. Seingat saya, sejak itu baru kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam menyiapkan latih tubi UPSR. Masih ingat akan entri Kenangan Dan Angan-angan juga kisah saya terpisah dengan kawan lama saya? Ehem. Itu semua adalah kisah saya dan dia.



Kali terakhir bertemu dengannya ialah pada hari keputusan UPSR diumumkan di penghujung bulan Disember 1997. Hanya kami berdua yang mendapat 5A di sekolah. Tapi, kami langsung tak sempat bertegur sapa selepas mengambil keputusan masing-masing. Memang sekadar di situ. Kemudian dia ke hilir dan saya ke hulu. Saya menyambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan saya sekadar mendengar berita bahawa dia kembali bersekolah di Kuala Lumpur. Sejak itu, kami langsung tidak bertemu lagi.




Saban tahun, saya memang tidak pernah melupakan dia sebagai kawan saya. Pelik juga. Saya ingat terlalu banyak fakta tentang dirinya. Saya ingat tarikh lahirnya, alamat rumahnya, nombor plat kereta ibunya, warna dan jenis kereta ayahnya, nama adik-adiknya juga habitnya ketika tekun menjawab soalan di dalam kelas. Huhu. Kelakar juga bila diingat.

I have no reason why I remember every single fact about him.

Yang saya ingat, ketika bersekolah di Al-Khairiah, setiap kali saya ada mengenali kawan-kawan baru yang kebetulan mempunyai latar belakang pernah bersekolah di Al-Amin Gombak, saya akan jadi tersentak. Dalam hati mesti berkata: Thaariq kemungkinan bersekolah di sini lagi agaknya. Dan bila sudah agak serasi dengan kawan itu, saya akan bertanya kepada mereka berkemungkinan tak mereka mengenali pelajar bernama Ahmad Thaariq. Huhu. Sadis betul mengenang kembali kisah menjejak dirinya suatu ketika dahulu. Sayangnya, memang tetap tidak berjaya untuk mendapatkan berita terkini tentang dirinya.

Sebaik selepas tamat SPM, saya ditawarkan ke Rusia oleh JPA. Selepas seminggu orientasi, saya mula masuk ke kelas untuk mengikuti kelas Bahasa Rusia.................[read more]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...