sehat sume? Alhamdulillah moga2 sehat ye..
Girls, kita sememangnya sangat bertuah. Allah ciptakan wanita penuh dengan keistimewaan. Kelak andai ada jodoh dan rezeki dan berkesempatan tuk jadi ibu, Allah tambah lagi satu keistimewaan wanita. Nak tahu keistimewaan apa yang diofferkan olehNYA? ala, mesti sume dah tahu punye.Dah biiasakan dengar 'syurga dibawah telapak kaki ibu' ? haa.. tu satu keistimewaan. Allah bagi reward kat mommy mommy yang sanggup berkorban tenaga malah bertarung nyawa untuk menyambung keturunan Nabi Adam Alaihissalam. Daripada perjuangan ini, wanita juga merupakan sumber utama untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam inshaAllah. Nak jadi ibu satu hal pulak, bukan perkara yang mudah ye. Dalam masa yang sama wanita tu jugak perlu menjadi isteri yang solehah.
Bercakap pasal isteri pulak mesti berpasangan dengan suami. Kat sini nak sentuh sikit pasal entry blog seorang saudara yang menguraikan tajuk 'kalau dapat bini lawa tak cari yang lain da' . Hehe, lucu kan. Kalau dapat bini tak lawa bleh la carik yang lain ek? gitu? Then kalau la pihak hawa ni tak dapat suami yang 'handsome' kene carik yang lain jugak kew? *pheww* Impossible la pempuan carik yang lain, kalau ada pun saya tak nak bincang kat sini :)
Wanita ni Allah ciptakan dengan penuh keistimewaan, tak cukup ngan cantik, Allah install wanita ngan sifat2 yang penuh kelembutan, kemesraan, kesetiaan and those lovely feelings la. Dalam bab kesetiaan pulak, wanita memang dianugerahkan dengan sifat setia walau ada je segelintir yang tak setia tapi tu hal diorang lah. Hal kesetiaan dengan kaum adam, agak susah sikit nak ngam kan? herm.. entahlah diorang, asyik2 nak carik yang lawo, sume lawo jee.demand lah. Asal jangan kutuk yang tak lawo sudah la, tengok la kat diri hang tu dulu. Before you talking/complaining about others, take a look at youself first dude. Kalau nak yang lawo2 cantik2, muslimah2, baik2 yang nearly perfect lah kiranya sesuai ke kalau hang tu solat pun cincai2 jer nampak sangat hubungan dengan Allah tu dah rapuh. Pergi balik perkukuhkan hubungan kamu tu dulu. Kalau nak yang baik, jadilah yang baik dulu.
Hati ni suka sangat tengok kaum adam pakai baju melayu, kopiah ke songkok ke especially lepas diorang solat jumaat. Kan comel2 handsome je pakai camtuh, sejuk mata memandang, sejuk hati kakak dapat adik camtuh (specially dedicated to my lil bros), sejuk lagi perut ibu mengandung. Alhamdulillah, kami pihak hawa sangat beruntung andai lelaki-lelaki diluar sana sedar akan tanggjawab diorang sebagai KETUA, andai tak mampu jadi ketua semasa single macam mana nanti nak jadi ketua semasa double, triple, quadruple blabla.. kan?
Kadang-kadang ilmu agama diorang fullamak, memang fullamak lah. Awesome! Tapi, sayang...sayang...kenapa dengan ilmu tu diorang tak guna untuk membimbing kaum2 yang lemah? Ke nak swuh kaum hawa jadi ketua macam Amina Wadud bwat tu dulu baru bikin heboh2 wanita is not born to be a leader?
Muslimah girls dengan kekuatan dalaman yang dianugerahkan Ilahi ini hanya mampu berharap agar tak ramai lelaki di luar sana terus melekakan diri dengan perkara2 yang 'fun-fun' bersuka ria sahaja walau ade gak yang suka-suka tapi tetap TOP dalam bidang agama, tak dinafikan. Tapi disini hanyalah nak cubit-cubit sikit je agar janganlah demand sangat dari pihak girls ni andai boys pun tak kurang hebbaknya dalam bersosial. Yang saya nampak lelaki dan perempuan ni sama2 rely on each other. Andai kat sebuah klompok kawasan tu ramai lelaki yang lupa bahawa dia tu adalah ketua, jadi bagaimana pula orang-orang belakang yang dia perlu pimpin ? Mungkin kaum2 dipimpin ini akan sedikit lari dari landasan yang sepatutnya jika ketuanya juga tak berdiri tegak atas landasan yang betol kan? Walau pendirian dan pegangan hidup itu atas diri masing2 tapi ketua memainkan perana penting.
Ok lah, saya rasa sudah cukup tuk kali ini..
Moga dapat ketemu lagi di ruang waktu yang lain.
Ampun maaf andai ada kata2 yang tak boleh diterima atau terguris dengan entry ini, hanya luahan hati dan pandangan insan yang kerdil sahaja. Apa yang salah, mohon maafku pinta.
Chillax!
~entry ini untuk diri sendiri gak, peringatan tuk diri bahawa jangan berharap sangat dengan manusia , teruskan berjuang sebagai jiwa hamba sampai hembusan nafas terakhir. Khair inshaAllah. Pasti ada sinar cahaya yang daku rasa macam dalam terowong arang yang hitam legam ini~
No comments:
Post a Comment