Assalamualaikum :)
kawan-kawan semua sehat?
kawan .. sahabat .. teman .. sekali imbas perkataan tu cam sama je kan?
Tapi maksud bagi setiap perkataan tu jauh berbeza antara satu sama lain. Sahabat boleh jadi teman, teman boleh jadi kawan dan kawan juga boleh jadi sahabat. Bagi saya, kawan tu sekadar kenalan, adanya dia mungkin meriah sket hidup dan kalau takde pun kira takde apa-apa effect [ huh, cam kejam je ayat T__T] .
Teman pulak, seorang yang rapat ngan kita, lebih rapat berbanding ngan kawan. Mungkin jarang bersama tapi mempunyai persefahaman yang tinggi. Dapat berkongsi idea pendapat dan menegur silap masing-masing tanpa ada niat yang tersembunyi.
Sahabat, saya rindukan sahabat-sahabat maahad. Rindu sangat-sangat.. miss them so much! They are truly what we called SAHABAT! definitely :( . I'm not saying that I don't have 'sahabat' here but obviously it's so hard to find sahabat. It's true to have one we must have to be that one first. Oh please don't say I'm demanding but I have my own right.
Oke, Sahabat pula merupakan teman yang sentiasa doakan kesejahteraan sahabatnya tak kira dimana dia berada. Hubungan antara sahabat sangat rapat, mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan untuk berkongsi semua perasaan dan cerita, namun dari gerak geri dan tingkah laku kita boleh merasai apa yang sahabat kita rasa. Antara sahabat juga mungkin pernah jugak berlaku salah faham tapi tak lama sebab mereka saling sayang menyanyangi dan tak sanggup tuk bermusuhan kerana mereka sedar hadirnya manusia pun dari kemesraan dan kasih sayang.
Kadang-kadang walau hidup bersendirian tu lebih bebas dan bernafas, tapi kehadiran sahabat tu penting sangat. Adanya sahabat bukan hanya untuk berkongsi duka sahaja malah boleh melatih diri untuk lebih bersikap rela berkorban, setia, perihatin dan menjaga antara satu sama lain.
Cuba kita renungkan sekeliling kita dan yang paling utamanya diri kita sendiri, sanggupkah kita berkorban untuk teman kita tak pun kawan kita? Dari golongan-golongan tersebut mungkin akan mejadi sahabat kita kelak, siapa jangka kan? Kalau inginkan sahabat, kita perlu rela menjadi sahabat. Namun kadang-kadang apa yang kita hajat tak pula kesampaian, alamak...buat sesuatu dengan harapan agar mendapat balasan nampak. hermm tapi tak salah kan? sebab setiap kehidupan berpasangan kan? hitam putih, laki ppompuan, almari baju, katil tuk tidur. haha cam tak kene je. Tapi tulah kehidupan tak semuanya indah, hanya bersabar itu yang kita mampu. Jangan harapkan orang lain, sebab mereka tu manusia, manusia lemah dan sentiasa inginkan yang lebih kuat untuk terus bertahan. Jadi konklusinya, Allah lah yang kuat, manusia sentiasa perlukan Allah setiap saat, setiap detik nadi berdenyut.
Usah susah hati andai dilupakan, usah bersedih andai ditinggalkan, dan usah berduka ...sesungguhnya Allah sentiasa ada untukmu. Layanilah mereka andai mereka perlukanmu, kasihilah mereka jika mereka inginkan perhatianmu, sayangilah mereka kerana mereka saudaramu.
untuk mengisi masa kosong, apa kata kita kita refresh balik cerita tentang sahabat Rasulullah S.A.W sewaktu perang Yarmuk. Bagi saya, mereka sebenar-benar sahabat, jom hayati kisah mereka..
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu, saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim, saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu, ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”[Riwayat Ahmad]
Lastly, bersahabat, berkawan dan berteman andai bukan kerana Allah akan mempunyai masalah sebab tiada cita-cita antara mereka untuk sama-sama berpimpin tangan menuju Syurga Ilahi menjadi Bidadari Syurga. Astaghfirullah, ampunilah aku andai hambaMU ini sentiasa mengajak hambaMU yang lain leka dari mengigatiMU, menyembahMU, mencariMU dan mencari cintaMU.
No comments:
Post a Comment