Salam hari Jumaat yang damai dan permai. :)
guys, pada hari Jumaat yg cool ni kita dianjurkan untuk berselawat 1000x + baca surah kahfi. so jom la kita buat yok! surah kahfi tu seeloknya baca habis terus ar pas subuh. jom jom jom jom
tajuk di atas bukan membawa maksud saya ni seorang yang emo untuk memberitahu yang lain, apa yang orang suka dan apa orang tak suka. saya bukanlah seorang yang arif tentang manusia. mungkin, ini dari sisi pandang saya sahaja. apa2 pun, penulisan saya dan opinion saya of course tidak akan lari daripada weaknesses. maaa-aff-kann-kaaa-mii maaa-aff-kann-kaa-mii [ala2 cerita DOREMI]
faktor #1 : Tak punctual
okelah. saya confess. saya ni skema la jugak kan. bab masa, saya sangat pantang. im sorry to say this, but if u are with me, masa ni jangan buat mainan. mungkin saya akan meletup mcm belon
mungkin nampak cam saya seorang yang easygoing, buleh bawak bercakap or buleh buat ape-ape je seolah2 saya ni plastisin, tapi bab masa, janganlah skali-kali anda pandang enteng. saya serious apabila ia melibatkan masa, terutama masa saya
saya adalah seorang yang sensitif jika melibatkan MASA. contoh, kononnya jika saya ada date jam 6 pagi, saya akan usahakan sampai tepat pada masanya. tak kisah lah saya terpaksa bergegas. tinggal lagi jika betul2 ada masyaqqah maka saya terpaksa jugak lewat. tapi dengan reason yang kukuh. saya sangat marah dengan orang yang lewat. [ MasyaAllah, tak sangke gak aku gini ]
"Demi MASA, sesungguhnya manusia KERUGIAN" |
ingat , Allah bersumpah dengan MASA. apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, maknanya Allah nak tarik perhatian kita kat benda tu.apelagi, maksudnya benda tu adalah sangat important la
skali lagi saya nak mintak maaf. SAYA BUKAN NAK ANGKAT BAKUL SENDIRI.
saya ni insan hina lagi dina. yang banyak kelemahan.. lalu saya tidak mahu menambahkan elemen 'tidak menjaga masa' sebagai salah satu weakness yang ada pada saya. maafkan saya
mungkin gaya penulisan nampak cam tuannya ini skema, tapi sebenarnya tak de pun. it just that im a girl that obses with punctuality. [cam pelik je bnyinya]
faktor #2 : Membazirkan masa orang lain
comelnye! |
oh ye, ini satu lagi sifat yang membuatkan saya agak emo sedikit. maaflah, saya bukan manusia yang pandai express perasaan marah. oleh itu, dia tidak dipanggil marah tapi dipanggil emo
membazirkan masa saya, atau orang lain. ini adalah sindrom yang sangat sinonim dengan msyarakat melayu. tahu tak bagaimana perasaannya apabila masa anda yang limited tu seolah-olah dimain-mainkan oleh seseorang? rasa nya macam nak...aiiii. nasib baik saya seorang pemegang tali pinggang hitam taekwando yang berjurus. kih2
membazirkan masa orang lain lebih kurang cam ni la; anda ada benda important nak buat. kirenye dalam list aulawiyat, tu la yang paling aula skali. but then terjadi satu perubahan plan di mana anda kena deal dengan seseorang plak. but seseorang tu plak jenis tak jaga masa and anda kena tunggu or layan dia sampai kerja anda yang aula tu tertangguh. hah, lebih kurang camtu la
maaf la, saya bukan anti-social sampai tak nak layan orang. haha. cuma apabila saya ada kerja yang kena buat, saya harap ada yang faham jika nampaknya saya seperti nak-tak nak layan anda. bukan sengaja sebenarnya :)
konklusinya, membazirkan masa orang adalah membuat orang tertunggu-tunggukan anda
ye, saya akui, kita kena berlapang dada. but, jangan jadikan benda berlapang dada ni benda mainan. jangan sebab kita tahu kita semua kena berlapang dada, maka kita boleh buat macam2. itu dah lari konsep tu
faktor #3 : Tidak menjaga perasaan orang
tidak menjaga perasaan ni tidak semestinya kita gi kutuk dia depan2. tu salah satu juga. cuma dalam konteks yang saya nak stresskan ni, bab yang lebih halus sikit
tak menjaga perasaan orang yang style 'aiman tak kisah'. hidup dia semua dia balun je.
beking ni beking! |
guys, dalam hidup ni, ada macam2 pesen manusia. ada yang jenis boleh dbawak bergurau,tapi ada jugak yang tidak. kita kena faham ciptaan Allah yang complicated ni
contoh, ada orang yang jenis easy je smua benda dalam hidup dia. nak pinjam kereta dia pun boleh, pinjam motor dan segala bagai. tapi guys, ada juga jenis manusia yang sensitif, kadang2 kita pinjam buku dia and then terlipat sikit kulit buku, dah terasa!
lalu hidup ni perlu ada sejenis sensor. perlu ada alat macam kat supermarket yang boleh detect harga. alat tu, akan membantu kita tahu dia ni orangnya macam mana. lalu senanglah kita nak adapt dengan dia. kita tahu dia ni tak suke bnda ni, bnda tu. so, sama2 jaga hati masing2
saya bukan apa, saya kesian dekat orang yang jenis sensitif. diorang bukan nye sombong. tapi itu memang dah diorang punye habitual action dah. azali lagi. so, kita yang easy-easy ni kena faham, dia bukan seperti kita yang boleh easy2 sokmo.
faktor # last : The selfishness
ini juga salah satu perbuatan yang orang tak suka. yakni mementingkan diri sendiri
guys, kadang-kadang benda ni kita tak perasan ada dalam diri kita. orang sekeliling je dapat lihat
jika anda BUKAN seorang yang selfish, maka anda seharusnya sedar, dalam diri anda ada satu perasaan yang tak boleh tengok orang susah. nah, ade tak? kalau takde KONFEM anda ni manusia selfish
orang yang tak selfish, dia akan tolong gak sape2 yang memerlukan pertolongan ( yang mampu la). tapi manusia yang selfish ni kadang2 walaupun dia boleh tolong, dia tak tolong. alasannya, mungkin benda tu akan menyusahkan dia plak
guys, kadang2 saya juga selfish tanpa saya sedari. tapi bila timbang balik, banyak2kan istighfar. ingat la, kita ni bukan sesiapa; jasad kita ni dipinjamkan oleh Allah utk apa? utk beribadah padaNya sahaja. bukannya utk kita. tapi semua ni untuk Allah. lalu apa salahnya kebahagiaan kita ni kita korbankan sekejap utk bntu orang yang memerlukan.after all, batang tubuh ni kelak akan hilang juga
oklah, tu lah saje. sebenarnya tajuk dia bukan "beberapa sebab anda tidak disukai masyarakat" tapi mungkin lebih exact adalah " beberapa sebab anda tidak disukai farah". hehe
sorry, saya tak layak langsung nak demand siapa saya nak suka or tak. bukan, tujuan saya menulis bukan untuk itu. tapi untuk muhasabah bersama, terutama diri sendiri ni yang kerdil
wallahua'lam. sorry ye semua orang ^^
churp churp ; saya suka point nombor 2 tu especially bila ada orang ganggu time study. grrrr tak layan nanti sian dy cakap sorang, kalau layan merebak dari satu topik ke topik lain plop. aiyaa. so, kalau you all tengok member tengah study tu janganlah pulak gie bukak topik nak berbual, mane tahu dy baru je dapat nak fokus study macam saya yang jenis susah nak concentrate sesuatu benda..kesian kan haha
No comments:
Post a Comment