Friday, June 24, 2011

sweetnye ber'couple'

Assalamualaikum :)
Selamat hari Jumaat, awak-awak sume sihat?

ape kata dihari yang barokah ini kita bace satu article yang memang best lah.
Biasanya remaja seusia kita ni suka berbicara tentang......CINTA kan?
then pasal couple couple lah, kawan laki paling rapat atau kawan pompuan paling rapat sampai nak control-control .. ok, tuk sediakan ruang untuk article yang saya pau dari Dr. Cinta Punya Blog, saya rasa lebih baik saya undurkan diri dulu. Semoga dapat manfaat ye sume :)


"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)

Awak tahu, betapa sweetnya ada couple? awak tak percaya, saya nak bagi explanation dekat awak sikit. Saya rasa semua orang dekat sini ada experience kan, toksah tipu. Amboy angguk laju-laju eh. Kalau berpacaran ni;

grrr

@bagi semangat waktu exam

masa ni perasaan you alls akan lega sangat sebab cik awek/ cik abang awak bagi motivation dekat awak, stress pun dah hilang. segunung beban pun lenyap macam tu je, malam exam je call, lepas exam je call, cewah sweet betul lah you alls ni. Motivate ea bang?


tempe tu feveret saya huuu

@share susah &senang bersama

you sangkut duet pinjam lah cik awek punya, bila cik awek lapar mulalah merengek dekat cik abang mintak pergi belikan makanan. owh so sweet lah. bila salah sorang dari you alls sedih sebelah pihak pun mula pujuk-memujuk, kitakan couple, kenalah saling memahami ye dak? bila happy sama-sama kita pun enjoy lah pergi dating bersama-sama. dosa pun share-share lah ye. uhuk uhuk.




@penawar kebosanan

masa you alls bosan-bosan kan, mesti bergayut dengan pakwe/makwe you alls kan? rasa sehari tak bergayut alahai tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Kesian.

in a relationship, you ade?


@bangga berstatus TAKEN

single? ewww. tak laku lah tu. kalau ada couple ni baru lah laku.


alololo sweetnye -___-

@boleh jaga diri kita

Eh kalau kita couple, ada cik abang boleh jaga kita taw. SO safe sikit. Sekarang ni macam-macam, banyak kes, kes ragut lah, kes culik lah, kes rogol la eish seram taw. Baik you alls beware. Ada encik boyfie selamat sikit.





eh ehh sekejap, awak terlupa satu benda.







@Kenapa perlukan pasangan (yang belum sah) nak jadi pemberi semangat kita? kalau kawan-kawan perempuan tak boleh ea? owwh, konon call malam-malam sebelum exam tu sweet lah? boleh naik pointer kot. Kita terlupa seperkara, kita lebih ingat kebahagiaan terletak di tangan manusia sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Tengah exam, tatkala memanjatkan doa itulah kebahagiaan abadi, apabila kita bangun tahajud malam-malam, itulah rahsia ketenangan jiwa yang kita dambakan. Sungguh, tiada seorang manusia pun mampu memberikan ketenangan seperti itu hatta pasangan yang paling kamu cintai itu. Berbahagialah dengan Allah.




@Apabila kita kuatkan pergantungan dengan Allah, bila kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita tak kisah, sebab dia kata; takpe, Allah ada. Cukuplah Allah bagiku. Jangan ingat kita bersendirian di dunia ni. Tak ada insan untuk berkongsi susah dan senang. Allah mendengar setiap masa, tadahlah tanganmu untuk memanjatkan doa kepada Allah kerana dia mendengar setiap rintihan dan keluhanmu. Kenapa berdoa? sedangkan kalau kita tak berdoa pun Allah dah tahu, saya pernah terangkan pada entri-entri lepas. Saya recall balik apa tujuannya;


Berdoa, bukan memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhan-Nya.


be positive dear~ =)

Berdoa ni semacam satu penghubung antara kita dengan Allah. Create the link. Please.


‘Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan’ (Surah Ghafir 40:60)


‘Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di saat sulit.’ (Riwayat selain Imam at-Tirmidzi)

@Tak ada istilah bosan dalam hidup ini bila kita benar-benar mengabdikan diri pada Allah. Tujuan hidup ini sudah diperjelaskan oleh Allah:


'dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (51:56)


Alangkah ruginya kita andai kita mensia-siakan masa usia kita di bumi ni. Istighfar.



@Kenapa perlu berbangga dengan maksiat? Benar, bila dunia semakin moden ditelan arus globalisasi, yang minoriti dianggap salah yang majoriti dianggap benar. But, the majoriti tak selalunya benar. Orang yang tak couple dikatakan kuno tak laku etc etc. Kamu tahu, dia telah terselamat dari melakukan dosa-dosa zina, zina mata, zina hati, zina tangan, zina kaki, zina telinga. risiko-risiko ini sangat terbuka luas untuk mereka-mereka yang ada pasangan tidak sah. So single out there, say alhamdulillah, I’m the chosen one. HE is writing my love story. =) Status TAKEN tak bermakna apa-apa andai cinta itu akan melalaikan kita dari jalan menuju ke syurga.




@Penjaga kita hanyalah Dia. Kita adalah hak mutlak Dia. Nyawa kita ada dalam takdir-Nya. Setiap skrip kehidupan kita Dialah penulisnya. Kita yang merancang, tapi Dialah penentunya. Kenapa perlu percaya pada janji-janji kosong, wahai sayang-sayangku muslimat? Juga untuk diri saya sendiri, cuba renungkan kembali, sudah berapa kali anda diperdaya? Mainan duniawi. Yang haram semua nampak indah.



Kenapa saya cakap semua ini? entah. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri yang selalu terlupa. Sering perlu diingatkan. Betapa jauhnya kita dengan Allah, Allah sentiasa melihat kita. Sentiasa.



Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah. Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya. Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu tolong ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu. Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami. Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu.
Amin, amin ya rabbal alamin.



Semoga Allah mendengar bisikan kita ini meskipun ianya tertutur dalam hati. Sahabatku, Allah mendengar. Walaupun setitis embun hidayah yang mengalir, ianya cukup indah kerana fitrah untuk kembali kepada Allah itu tetap ada. Semoga Allah menerimanya.


hoyeh, we have Allah ^__^

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

(35 : 24) Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.


(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


----------------------------------------------------------------------------------------------


saya rasa sebagai konklusinya, tak usah lah couple-couple kan?
Dari mata mungkin nampak sweet je pasangan couple tu, tapi andai hubungan tu
sampai ke alam perkahwinan keberkatan perhubungan tu tak terjamin sangat sebab permulaan hubungan tu dah disulami dengan dosa. Kenapa dosa? dosa sebab hati akan sentiasa mengigati si dia yang belum sah dan belum tentu menjadi milik kita. Andai nak explain pun memang banyak pasal couple ni, kite sume dah besar panjang, boleh pikir mane baik buruk. DAN dalam memilih jalan tu jangan lupa kita sebagai orang ISLAM, perlu berlandaskan syariat yang Allah SWT tetapkan.

Cuba tanya diri, 'Adakah aku betul-betul memahami tanggungjawab sebagai penganut agama Islam?', 'Apakah itu Islam? Adakah hanya sebagai pengenalan diri itu beragama?' , 'Sudahkah kita merasaii kenikmatan beragama Islam?', 'Adakah kita beragama Islam adalah kerana Islam itu agama mak bapak kita je?' . Lastly, pernah ada rasa sayang tak kat Islam? Then, kalau sayang mesti kita tak nak cemarkan nama baik agama Islam yang satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT dan juga agama yang Rasulullah bersusah payah cuba sampaikan melalui dakwahnya kan? Semoga apa yang saya ingin kongsikan sampai kepada awak-awak sume. Jangan pening-pening ngan ayat saya ye, maaflah andai pening jugak..xdapat den membantu. Tak lain dan tak bukan, entry ni peringatan tuk saya gak sambil-sambil awak pun dapat manfaat gak. Wassalam :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...