Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Friday, June 24, 2011

sweetnye ber'couple'

Assalamualaikum :)
Selamat hari Jumaat, awak-awak sume sihat?

ape kata dihari yang barokah ini kita bace satu article yang memang best lah.
Biasanya remaja seusia kita ni suka berbicara tentang......CINTA kan?
then pasal couple couple lah, kawan laki paling rapat atau kawan pompuan paling rapat sampai nak control-control .. ok, tuk sediakan ruang untuk article yang saya pau dari Dr. Cinta Punya Blog, saya rasa lebih baik saya undurkan diri dulu. Semoga dapat manfaat ye sume :)


"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)

Awak tahu, betapa sweetnya ada couple? awak tak percaya, saya nak bagi explanation dekat awak sikit. Saya rasa semua orang dekat sini ada experience kan, toksah tipu. Amboy angguk laju-laju eh. Kalau berpacaran ni;

grrr

Sunday, June 12, 2011

Penting ke tazkirah?


Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
Maaf Ya Allah jika hamba sombong merasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu
Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain
Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU
Maaf Ya Allah jika hamba menunda sholat fardhuMu
Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU

gulp, tersentap kejap baca ayat last, menyakiti makhlukMU? manusia? haiwan? tumbuh-tumbuhan? sumenye tu makhlukNYA kan? aaaaa, betapa pelupanya aku, nasiblah ada tazkirah, ada jugak makanan bagi ruh yang bila-bila masa saja boleh gersang. Haaa, kan dah cakap tazkirah tu penting. Sape cakap tazkirah atau halaqah tu hanya bincang hal-hal politik je?

Tazkirah tu bermaksud peringatan, ayatullah tu pun peringatan bagi orang-orang beriman dan yang benar-benar sedar saja yang akan mengaguminya. Jadi modern girls yang cute mute comey lotey ni janganlah sempit kan pandangan korang sume tentang tazkirah ni ataupun persepsi tentang usrah. Sumenye merupakan jalan-jalan untuk menyuburkan kembali hati kita dengan peringatan2 yang dapat menghidupkan balik hati kita agar senang mencari Allah, menggapai cinta Ilahi.

Oke girls, moga kita sume berjaya jd girls solehah idaman syurga.. atau lebih tepat, ketua bidadari syurga :)

Sifat-sifat yang annoying - pau dari blog Farah Adlina :)




Salam hari Jumaat yang damai dan permai. :)

guys, pada hari Jumaat yg cool ni kita dianjurkan untuk berselawat 1000x + baca surah kahfi. so jom la kita buat yok! surah kahfi tu seeloknya baca habis terus ar pas subuh. jom jom jom jom

tajuk di atas bukan membawa maksud saya ni seorang yang emo untuk memberitahu yang lain, apa yang orang suka dan apa orang tak suka. saya bukanlah seorang yang arif tentang manusia. mungkin, ini dari sisi pandang saya sahaja. apa2 pun, penulisan saya dan opinion saya of course tidak akan lari daripada weaknesses. maaa-aff-kann-kaaa-mii maaa-aff-kann-kaa-mii [ala2 cerita DOREMI]

faktor #1 : Tak punctual

okelah. saya confess. saya ni skema la jugak kan. bab masa, saya sangat pantang. im sorry to say this, but if u are with me, masa ni jangan buat mainan. mungkin saya akan meletup mcm belon

mungkin nampak cam saya seorang yang easygoing, buleh bawak bercakap or buleh buat ape-ape je seolah2 saya ni plastisin, tapi bab masa, janganlah skali-kali anda pandang enteng. saya serious apabila ia melibatkan masa, terutama masa saya

Thursday, June 2, 2011

Esok dah masuk 1 Rejab 1432 daa

Assalam,
jom puasa esok.
muslimah girls yang belum abes qada' mane2 yang patut tu dah masuk bulan warning dah ni.
cepat cepat sebelum terlambat... jom bilang, Rejab, Syaaban, RAMADHAN, Syawal :)



amek article ni kat sini

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.


Sunday, May 15, 2011

Tweet tweet, mesej masuk..


Assalamualaikum.


suatu petang di sebuah kediaman..

aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..

adikku lalu memulakan bicaranya : "akak, leh adik bertanya?"

aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..

"ada apa dik?"

adikku tersenyum keriangan : "akak, akak pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"

aku tersenyum dan mengangguk..

adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu kak?"

aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"

kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..

kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"

aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"

adikku mengeleng : "tak tahu"..

aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..

seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..

adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram kak?"

aku tersenyum : "mesej"

adikku berkerut : "kenapa kak, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun kak, macam mana boleh dikatakan haram?"

aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya akak segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya,akak jawablah"

adikku terus mencelah : "eh, kenapa kak?"

aku terdiam seketika dan menjawab : "akak dulu pun pernah main mesej dengan lelaki bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"

adikku mengeleng : "tak boleh macam tu kak, akak ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, akak juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu kak?"

aku tersenyum : "bagus adik akak ni..baiklah..

perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..

tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...

Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..

namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"

adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya kak?"

aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam akak dah lah,akak ni jahil dik, jahat pulak tu"

adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu kak, kalau akak jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik akak, tak gitu kak? dan lagi satu, akak juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"

aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"




teringat aku tentang kata-kata ini...
"Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana? Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa."

waAllahu'alam...




nota hati ; bila ingat balik kisah lalu rase cam babo jer....huhu...xpelah, tak boleh mengeluh..jadikan ia sebagai pengajaran. dah malu dengan DIA, asyik je melakukan kesalahan..takkan nak lakukan kesalahan yang sama lagi kot, lagilah malu..

Allah itu Maha Pengampun, andai pernah lakukan silap jangan tangguh untuk minta ampun. Allah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, apa salahnya kita minta cintaNYA sebelum kita benar2 bersedia mencintai hambaNYA. Tetapkan imanku Ya Allah kerana aku hanya hamba yang lemah tanpa diberi kekuatan olehMU..tetapkan aku dengan agamaMU, tabahkan hatiku dalam menyelusuri liku2 hidup sebagai hambaMU Ya Rob. Hanya engkaulah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.



Tuesday, May 10, 2011

Kesalahan Dalam Solat - Sujud


Assalamualaikum.

Camne korang sume sujud dalam solat? Jom cek balik yer. Tau tak kita ada 7 anggota sujud yang perlu diletakkan atas lantai masa sujud. 7 anggota sujud tersebut ialah dua tapak tangan, dua kepala lutut, dua kaki, dahi dan hidung. Cuba bilang sume, cukup tak 7?

Kalau ketujuh-tujuh anggota ni tak disertakan masa sujud ia dikira telah melakukan kesalahan dalam solat. Hati-hati je. Ini merujuk kepasa hadis ni :


“Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya, iaitu wajahnya, kedua tapak tangannya, kedua lututnya dan kedua kakinya.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Ibnu Hibban)



sujud macam ni dikira salah sebab..





“Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (di lantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki di depannya). (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad


Oke guys, selamat beribadah dengan cara yang betul.
till now, bye~


off to derak again..hehe

sumber here and here

Saturday, May 7, 2011

Life is an echo


A little boy, who in a fit of anger shouted to his mother that he hated her.
Then, he perhaps fearing punishment, he ran out of the house to the hillside
and shouted in to the valley, “I hateyou, I hate you, I hate you.”

Back from the valley came the echo, “I hate you, I hate you, I hate you.”

Somewhat startled, the little boy ran back into the house and told his
mother there was a mean little boy in the valley saying he hated him. His
mother took him back to the hillside and told him to shout, “I love you, I
love you.” The little boy did as his mother said and this time he discovered
there was a nice little boy in the valley saying, “I love, I love you.”

Life is an echo. What you send out – comes back. What you sow – you
reap. What you give – you get. What you see in others – exists in you.

Regardless of who you are or what you do, if you are looking for the best
way to reap the most reward in all areas of life, you should look for the
good in every person and in every situation and adopt the golden rule as a
way of life . . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...