semua sehat-sehat ?
Lepas telan ubat selesema tu tros pengsan, mungkin disebabkan itulah saya xleh tido malam ini..huhu
So, apa pandangan semua tentang cantik, lawa, comel, cute dan sewaktu dengannya?
Mestila kite suke benda2 lawa, cantik, cute kan? DAN tak semestinye benda yang kite anggap cantik tu merupakan benda yang cantik gak bagi orang lain. Sebab setiap orang ada pandangan masing-masing tentang sesuatu. Tengok situ sini, ramainye orang-orang cantik! Memang indah ciptaan Allah kan? Tapi ada je orang anggap diri dia tak lawa then arrange for some cosmetic surgery untuk nampak lebih cantik..hermm..macam-macamlah,
Ada mata boleh lihat dunia. Kadang-kadang tak mampu nak jaga anugerah yang Allah bagi ni sebaik-baiknya. Ada hidung dapat hirup udara walau udara sekarang mungkin sudah tidak se'fresh' dulu tapi masih dapat hidup. Ada kaki, tangan, mulut, LIDAH, RAMBUT [saya rasa xperlulah listkan semua kot? huhu].. Tapi sayangnya itu semua pinjaman. Kalau dah nama pinjaman mesti kita kene jaga elok-elok kan? kene simpan elok-elok. Sebab nanti apa yang kita pinjam kene pulangkan balik kat Tuan dia kan?
Tapi sekarang.....kita [peringatan untuk saya sendiri] semua kadang-kadang hanyut,leka dengan anugerah yang Allah bagi ni. .syok sangat sampai terlupa bahawa apa yang kita ada semuanya pinjaman dariNYA. Kadang-kadang perasan jap bile orang cakap cantik, lawa, cute huhu. Biasela, pujian tu merupakan satu suntikan semangat untuk kite semua. Sebab tu bila anak-anak nangis, mama akan cakap tak comellah kalau nangis, senyum baru comel. Pastu terus kite senyum. Kadang-kadang ada gak manusia ni puji punyelah manis mulut meluahkan kata tapi hati bermaksud bende lain. Oleh itu, haruslah kita berhati-hati bila terima pujian. Namun segala pujian haruslah berbalik pada Sang Pencipta.
wuuhu~ kumpulan HOT,
Tapi tiba-tiba.....
Errr....hermm...bakpe gitu plop?
Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkahMuslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah ituSiapakah kita????renung2kanlah
Jom jaga jasad yang dipinjamkan ini sebaik-baiknya sebelum ia dipanggil pulang kembali pada Tuannya :) Berbangga dengan kecantikan yang dianugerahkan dengan melindunginya leklok, tidak dipandang dan disentuh sembarangan. Hey kamu, ape tenung-tenung. Saya tak suke tau!
No comments:
Post a Comment