Monday, May 30, 2011

Apa Khabar Jodohku?






Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?


Friday, May 27, 2011

Ianya tentang lelaki dan wanita, boys and girls and everything in between

Salam all :)
sehat sume? Alhamdulillah moga2 sehat ye..

Girls, kita sememangnya sangat bertuah. Allah ciptakan wanita penuh dengan keistimewaan. Kelak andai ada jodoh dan rezeki dan berkesempatan tuk jadi ibu, Allah tambah lagi satu keistimewaan wanita. Nak tahu keistimewaan apa yang diofferkan olehNYA? ala, mesti sume dah tahu punye.Dah biiasakan dengar 'syurga dibawah telapak kaki ibu' ? haa.. tu satu keistimewaan. Allah bagi reward kat mommy mommy yang sanggup berkorban tenaga malah bertarung nyawa untuk menyambung keturunan Nabi Adam Alaihissalam. Daripada perjuangan ini, wanita juga merupakan sumber utama untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam inshaAllah. Nak jadi ibu satu hal pulak, bukan perkara yang mudah ye. Dalam masa yang sama wanita tu jugak perlu menjadi isteri yang solehah.




Monday, May 23, 2011

Baca balik entry lama


suatu masa dulu, ada sorang budak tulis entry ni..
After 21 July post, i update and write nothing on my digital diary..phew~
I don't have luxury of time to blogging anymore since i have been advised by a lot of people to take care of my health as to prevent it be more serious..
yeah, that's true, i need to study in relaxing mood and calm feeling and
make it more enjoyable..exactly!!

Walk through this challenging path is not as easy as ABC nor 123
but it doesn't have any words to describe my feeling anyway
sometimes we should feel the pain too..not only laugh throughout our life rite?
..but when we feel its too much
frustating and blaming,why this fate choose me to be his victim of his cruelness?
why?
don't we ever think that we are very fortunate to still alive?
capable to do this,that,those by ourself?
compared to those who handicapped
that can't move freely and need others help..?
then,be grateful to be the luckiest one
treasure every second in our life with doing something that can bring happiness.

As time passing by
ends the day by watching the sky
find calmness by starring the sky
suddenly a shadow passing by
thought that was a ghost or spy
is it really a ghost of sky? [ade ke?]

i choose this time to clean my 'bersarang' blog
cus i knew there's not much time i can spend to blogging and typing after this RAYA!!
Life as SPM candidate,we are getting buzy as the exam date just around the corner
Remembering me to my old days especially year 2006,im taking PMR..
i don't know why i always keep reminiscing 2006 memories and compare
my life on that year with this year..
it's more beautiful and smooth contrast to this year
im not as free as that year
Many things i can't do
just a little things i can eat
need others help a lot
thanks they gave gigantic help and still giving!!
Thanks..umi,my family members,frens[friendship that never break,heart that never hates!!]



sometimes i don't know what should i do
even i knew what i should do
worry if there is the darkness
i realize its an obstacle
it's must be true
cus it always prevent to get it through
to achieve the goal,Yes i will do
search for strength to carry on
as to step with more confidence
forget the pain for brighter future
it's only you can help yourself ,by guidance of Allah
peoples around just as a catalyst
to stay around to complete the society
without them who are me
appreciate them
as long as im still alive and
there's no expired date to share this love of friendship
and may our ukhuwwah fillah abadan abadan~~


LET ME FLY TO THE HORIZONTAL SKY!!!!
FLY HIGH HIGH!!


hahaha,cam tak nak ngaku je pernah tulis entry camtuh.
maturity is what we get from surrounding, experience, knowledge, and maybe age.
sayer rase skang ni matured sket dari dulu2 kot, perhap yes!
dulu kalau nak decide something or wanna do something tak pikir sangat ape consequence, kesan dia and so on, tp sejak masuk 20 rasa cam 'aku perlu pikir banyak benda that will comes ahead!' so dalam nak ambik sesuatu tindakan tu better pikir molek2 dulu then act. Tapi tak semua tindakan matured, but most of all, improve than before maybe.

bercakap tentang post lama aku kat atas tu, korang memang boleh agak kondisi aku mase tulis entry tersebut. Mase tuh, keadaan aku tak la teruk sangat, tapi alhamdulillah sekarang it much more BETTER!! THANK YOU ALLAH

Mase tuh, family, kengkawan memang banyak sangat membantu! Aku terharu, speechless, sampaikan yang aku tak kenal pun sanggup tolog aku. Entah perkataan ape lagi yang patut aku ucapkan selain TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian semua!! betol ni saya doakan korang!

Kengkadang aku pun tak percaya yang aku pernah lalui saat-saat itu. Allah bagi ujian tapi DIA bagi something disebalik ujian tu, yeah, I got something from that trials. Alhamdulillah. Sungguh indah titik susunan perjalanan hidup olehNYA. Kadang-kadang kita tengok dan rasa benda tu sangat2 buruk, pahit nak lalui, tapi bila kita dah rasa kemanisan iaitu hikmah disebaliknya barulah kita sedar dan bersyukur. Andai kata perkara tu tak terjadi kat kita, aku tak mungkin duk kat sini, tak mungkin aku bwat semua ni dan mungkin kita ngah bwat mende lain, duk kat lain kan?

Cam satu kisah yang aku bace,
anak dia tanya "mama jahit apa tu?"
"mama jahit hiasan cantik", jawab mama
"tapi tak lawa la mama jahit", anak membalas
"tu adik lihat dari pandangan bawah, cuba adik bangun lihat dari atas",jawab mama

~anak dia duk main kat bawah, mama dia jahit cross-stitch atas kerusi~
~anak dia pun bangun tengok~

"wah! mama, lawanya, macam mana mama bwat jadi lawa?", anak tanya
"ha, macam itulah hidup kita. Kita hanya tengok kehidupan dari pandangan bawah je, tapi kita tak sedar bahawa Allah sedang mencipta sesuatu yang indah dari pandanganNYA. Mungkin kita anggap perkara ini tak patut terjadi kat kita, namun yang sebenarnya DIA lebih mengetahui yang kita patut rasai 'itu' agar hidup ini penuh warna warni dan indah. Sebenarnya kemanisan selepas kepahitan itu sangat2 sangat berharga!

Sebagai contoh, orang yang brilliant tau leh dikira sebagai bijak pandai la biasanya anggap 'full mark' tu cam biasa je lam hidup tapi bagi yang bijak jugak tapi slow sket bila dapat 'full mark' kemain suke hati la dan rasa appreciate sangat-sangat. See, kita bleh bezakan antara dua situasi ni kan? Pengalaman tu sangat2 berharga, orang lain tak rasai apa yang kita lalui. kamu bertuah because you are the chosen one. Kepada yang sedang hadapi masalah, La Tahzan innallaha ma'ana ~janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu~

cube tengok maksud surah al-baqarah ayat 286
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
~Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.~

Allah percaya kita boleh hadapinya, DIA tahu kita dapat handle keadaan itu. Selalulah berbicara denganNYA, sesungguhnya DIA Maha Mendengar. Ujian ni DIA yang bagi, dan DIA jualah yang boleh tarik balik ujian ni kerana segalanya datang dariNYA dan kepadaNYA lah ia kembali.. wallahu a'alam..


sekian setakat ni,
have a nice day :)


Sunday, May 22, 2011

Pc Fair KTC


Oke, semalam abes sudah pc fair kat KTC,
first day g sane dah beli barang dah, tup2 hari ketiga beli plop bare =P
habis duit
aktiviti jualan kira ok la kut, tapi yang rimasnye ramai sangat promoter tambah ngan customers lagi la sesak, sempit, bau macam2 haha. tahan jela tambah2 cuaca panas ginie *puff*

tgk gamba kat bawah ni, comel tak pendrive?
agak2 brapa harga? hermm.. andai kata ...hermm..








oke la, chow~!

off to kb :)


Saturday, May 21, 2011

Tell Me Why



In my dream children sing a song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am?
Is that what my life is for to waste in a world full of war?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

(children) tell me why? (declan) tell me why?
(children) tell me why? (declan) tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.

Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why (why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?

(why,why do we say we care)
Tell me why (why,why do we stand and stare)
Tell me why (why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die ?

(why,why if we're all the same)
tell me why (why,why do we pass the blame)
tell me why (why,why does it never end)
can some one tell us why we cannot just be friends?



churp churp; guess what. ak hampir tertipu ngan ke'cute'tan budak itu. Budak cute yang nyanyi tu bukan budak cute dah, dah jadi lelaki cute dah pun skang ni, =P

Wanita Terbaik dari sudut pandangan Al-Khawarizmi





Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;

Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang “1″ tiada…maka…tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok “0″





churp churp; jadi pokok pangkalnya AGAMA tu penting kan? Takpe kalau diri tak banyak ilmu agama lagi asal kita tak tangguh tuk menambahkannya lagi. Selamat Beramal solehah girls :)

Thursday, May 19, 2011

Sang pemuda yang ikhlas :)





Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?


psst ; herm... mungkin ada je kisah sebegini, tapi jarang terjadi lah kan? kalau diri saya pun entahlah. tak pernah alami lagi so enggak boleh cakap lah. diri saya pun memang takkan sempurna mana adil untuk dapat yang perfect kan? diri oh diri, lupakanlah segala angan, ia mungkin hanya fantasi, cerminlah diri, hilangkan bayangan fantasi, ayuh melayari realiti, apa yang dihajati mungkin susah untuk direalisasi, tapi jangan engkau berhenti dari meningkatkan diri, tak mengapa walau tak dipuji asal diri mampu berbakti, untuk agama, parent, siblings, bangsa , agama etc etc. Kerna Dia tak lihat hanya pada result, namun apa yang diusahakan itu yang diambil berat.


Maafkan jika ingin yang sempurna, kerna aku takkan mungkin penuhi impianmu..pergilah mencari yang engkau ingini itu..

What Single Muslim Sisters Say




I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
Don't want a boyfriend, don't want that ale,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.





source here



tweet tweet ; hehe suke la poem ni, refreshing the soul [harap sentence ini xkua tajok :P] . ade kaitan ngan pergaulan, ikhtilat, prinsip, concept, life life.. islam is the way of life, choose to follow it or to ignore it. as a muslim we must and should obey Allah's rules. Let's trying to be a better muslimah, girls! never delay, cuz this life is a speed highway, grab the chance and start living life as hereafter always waiting for us. fear u? me too...


Wednesday, May 18, 2011

Jagalah hatimu, kerna ia hanya satu





Jika hatimu seputih awan Jangan biarkan ia mendung

Jika hatimu sejernih air Jangan biarkan ia keruh

Jika hatimu seindah bulan Hiasi ia dengan iman

Jika hatimu gundah Hibur dia dengan zikir

Jika hatimu luka Obati dengan sedekah dan doa

Jika hatimu terusik Hibur dia dengan kasih sayangmu

Jika hatimu tersiksa Bebaskan dia dengan Tawakkalmu





just like accepting yourself as the way you are right now
love yourself even if no one else does
respect yourself so that people will do it too


Tuesday, May 17, 2011

Recipe! Spaghetti Carbonara!


recipe minggu ni



Tapi bacon tuh tuka la ngan mende laen deh, jgn g carik bacon jugak T_T



hermm ;tengah pujuk hati.. lupakan perkara lalu, ingat tu perlu walau perit hendak lalui sebab dia bukan beribu, dia hanya yang satu, tanpa dia tiadalah kamu.. baba, kakak rindu baba sangat sangat sangat. hope u do well, live life well, happy with your new life, new kids, new wife and everything new, I'm still here, loving you from the bottom of my heart. remember that baba. Wherever you are, I wish all the best for you. Praying hard just for you , hoping nothing won't change your love for me, muhd and hazim..because we will always love you too, wanna see you, wanna feel your warm magic hug?
oke, STOP. i write to forget. then let's enjoy life till the fullest :)





'cause all of the stars,
have faded away
just try not to worry,
you'll see them someday.
just take what you need,
and be on your way and
stop crying your heart out



How to tackle a girl? Here I give you some tips :3

Tackle (Islam way)
  • Muslimeen : Assalamulaikum.
  • Muslimah : Waalakumussalam.
  • Muslimeen : Can I have your wali's phone number?
  • Muslimah : Arghh >.<'
  • -akumuhaimin.tumblr.com







Hey, I am single
Don’t wanna mingle
Unless it’s legal
Or else it’s evil
There’s only one girl
My wife, my angel.





Sunday, May 15, 2011

Lens Fever ; make a good choice and take a good care of you eyes!




hehe sorry that I'm not going to summarize this vid. Actually I don't understand what she said even I open my ears as wide as I can but thanks for the useful tips. There have some tips for lens's wearer. Enjoy :)


Life in a day

Assalamualaikum.

Hi, it's me izzati.
I'm just bored to death, feel like nothing interesting to do and yeah,
maybe the consequence of listening lazy song. hye bruno mars,
today I don't feel like doing anything, but I have just finished my Housework like tidying up bedroom, spare leisure time at garden, talking to the plants,, pokok2 while watering them. sweep sweep sweep, but still habuk left here and there. oh gosh, banyaknye habuuk, kotor udara sekarang ni. I love spending time at the kitchen, oh umie, can you decorate it to be more attractive or modern style? haha idk why i like kitchen, food maybe.



watching movie pun cam dah takde interest dah, reading comics quite boring lately. It's all about love story..bored bored bored.. Keith, please produce more lawak kampus :)

one more, team medical dragon, hanging je manga dye..nak beli katne sambungan TMD? anyone knows? tell me tell me..

Oke, I just found this video and it's quite interesting. Beautiful done, nice short animation!




psst ; you know what, it's end up like this


Tweet tweet, mesej masuk..


Assalamualaikum.


suatu petang di sebuah kediaman..

aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..

adikku lalu memulakan bicaranya : "akak, leh adik bertanya?"

aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..

"ada apa dik?"

adikku tersenyum keriangan : "akak, akak pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"

aku tersenyum dan mengangguk..

adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu kak?"

aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"

kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..

kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"

aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"

adikku mengeleng : "tak tahu"..

aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..

seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..

adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram kak?"

aku tersenyum : "mesej"

adikku berkerut : "kenapa kak, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun kak, macam mana boleh dikatakan haram?"

aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya akak segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya,akak jawablah"

adikku terus mencelah : "eh, kenapa kak?"

aku terdiam seketika dan menjawab : "akak dulu pun pernah main mesej dengan lelaki bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"

adikku mengeleng : "tak boleh macam tu kak, akak ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, akak juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu kak?"

aku tersenyum : "bagus adik akak ni..baiklah..

perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..

tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...

Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..

namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"

adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya kak?"

aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam akak dah lah,akak ni jahil dik, jahat pulak tu"

adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu kak, kalau akak jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik akak, tak gitu kak? dan lagi satu, akak juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"

aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"




teringat aku tentang kata-kata ini...
"Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana? Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa."

waAllahu'alam...




nota hati ; bila ingat balik kisah lalu rase cam babo jer....huhu...xpelah, tak boleh mengeluh..jadikan ia sebagai pengajaran. dah malu dengan DIA, asyik je melakukan kesalahan..takkan nak lakukan kesalahan yang sama lagi kot, lagilah malu..

Allah itu Maha Pengampun, andai pernah lakukan silap jangan tangguh untuk minta ampun. Allah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, apa salahnya kita minta cintaNYA sebelum kita benar2 bersedia mencintai hambaNYA. Tetapkan imanku Ya Allah kerana aku hanya hamba yang lemah tanpa diberi kekuatan olehMU..tetapkan aku dengan agamaMU, tabahkan hatiku dalam menyelusuri liku2 hidup sebagai hambaMU Ya Rob. Hanya engkaulah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.



Saturday, May 14, 2011

Ada rasa antara mereka, mereka bertahan..bertahan, akhirnya bersatu jua , jom baca kisah cinta :)

13 Tahun Mencari Cinta



Assalamualaikum wbt

Sebulan menyepi baru kini saya berpeluang menulis kembali. Sebenarnya entri ini sudah sebulan juga saya siapkan. Tapi sungguh. Saya terlalu sibuk dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya untuk kerap menjenguk blog. Saya setakat membaca komen dan mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan melalui email saja. Selebihnya, sama ada saya oncall di hospital atau saya terlepek kepenatan tak berdaya di rumah. Dan diam tak diam juga, telah genap dua bulan kami berkahwin. Alhamdulillah. Tiada yang tidak indah melainkan yang indah-indah belaka, insya Allah. Setiap hari pun rindu. Bila dapat berjumpa di hujung minggu, Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa baru terasa diri ini sempurna kembali.

Saya yakin ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saja saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin. Hehe. Saya sendiri pun macam tak percaya bahawa saya akan berkahwin pada tahun ini. Dan bila sudah selesai akad nikah, rasa macam tak percaya saya sudah pun berkahwin. Dan yang paling kerap ditanya: Kenapa tiba-tiba nak kahwin dan macam mana bertemu dengan suami? Ish ish ish. Terlalu ramai yang bersemangat inkuiri yang tinggi ni. Seperti yang saya janjikan sebelum berkahwin dulu, saya hanya akan menceritakan semuanya selepas sah kami bergelar suami isteri.

Cerita Versi Sarah

Saya dan suami merupakan teman sekelas dari darjah 4 hingga 6. Iya. Kami kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia pelajar yang baru berpindah masuk ke sekolah itu pada tahun 1995. Kami tidak rapat pada mulanya. Sehinggalah tahun 6, barulah kami bertegur sapa. Itupun kerana kami berdua diletakkan oleh ustazah di bilik guru untuk program gempur UPSR. Kawan-kawan yang lain semuanya belajar di dalam dewan. Seingat saya, sejak itu baru kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam menyiapkan latih tubi UPSR. Masih ingat akan entri Kenangan Dan Angan-angan juga kisah saya terpisah dengan kawan lama saya? Ehem. Itu semua adalah kisah saya dan dia.



Kali terakhir bertemu dengannya ialah pada hari keputusan UPSR diumumkan di penghujung bulan Disember 1997. Hanya kami berdua yang mendapat 5A di sekolah. Tapi, kami langsung tak sempat bertegur sapa selepas mengambil keputusan masing-masing. Memang sekadar di situ. Kemudian dia ke hilir dan saya ke hulu. Saya menyambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan saya sekadar mendengar berita bahawa dia kembali bersekolah di Kuala Lumpur. Sejak itu, kami langsung tidak bertemu lagi.




Saban tahun, saya memang tidak pernah melupakan dia sebagai kawan saya. Pelik juga. Saya ingat terlalu banyak fakta tentang dirinya. Saya ingat tarikh lahirnya, alamat rumahnya, nombor plat kereta ibunya, warna dan jenis kereta ayahnya, nama adik-adiknya juga habitnya ketika tekun menjawab soalan di dalam kelas. Huhu. Kelakar juga bila diingat.

I have no reason why I remember every single fact about him.

Yang saya ingat, ketika bersekolah di Al-Khairiah, setiap kali saya ada mengenali kawan-kawan baru yang kebetulan mempunyai latar belakang pernah bersekolah di Al-Amin Gombak, saya akan jadi tersentak. Dalam hati mesti berkata: Thaariq kemungkinan bersekolah di sini lagi agaknya. Dan bila sudah agak serasi dengan kawan itu, saya akan bertanya kepada mereka berkemungkinan tak mereka mengenali pelajar bernama Ahmad Thaariq. Huhu. Sadis betul mengenang kembali kisah menjejak dirinya suatu ketika dahulu. Sayangnya, memang tetap tidak berjaya untuk mendapatkan berita terkini tentang dirinya.

Sebaik selepas tamat SPM, saya ditawarkan ke Rusia oleh JPA. Selepas seminggu orientasi, saya mula masuk ke kelas untuk mengikuti kelas Bahasa Rusia.................[read more]



Thursday, May 12, 2011

Miss Asean TV Charm 2011

Salam :)

Penah dengar nama Putri Norizah tak?
Tak penah ek? Putri ni menang Miss Asean TV Charm 2011 FROM BRUNEI
Malaysia tak menang, andai kata peserta Malaysia pun pakai tudung jgk mesti menang kalih.. haha pepandai je wat andaian. Baguslah Putri, dia dare, dan tak takut pakai tudung walau masuk dalam pertandingan sebegitu. Nape peserta Malaysia dop pakai tudung yeh? Malaysia kan negara ISLAM, moh la kte pakat2 tunjuk yang kita ni negara Islam..


Oke, lagu kat bawah ni xdek kaitan pon ngan bobelan kat atas,
tapi siyesly best sangat suara Putri.
Ayuh dengar yuh~!









pssst ; smale mimpi Mesia nk tukar agama.. ops, bukan Mesia, agama rasmi mesia nk tuka ko kristian.. tapi supo real jah mimpi tu . soo scary, nauzubillah lah.

Tuesday, May 10, 2011

Kesalahan Dalam Solat - Sujud


Assalamualaikum.

Camne korang sume sujud dalam solat? Jom cek balik yer. Tau tak kita ada 7 anggota sujud yang perlu diletakkan atas lantai masa sujud. 7 anggota sujud tersebut ialah dua tapak tangan, dua kepala lutut, dua kaki, dahi dan hidung. Cuba bilang sume, cukup tak 7?

Kalau ketujuh-tujuh anggota ni tak disertakan masa sujud ia dikira telah melakukan kesalahan dalam solat. Hati-hati je. Ini merujuk kepasa hadis ni :


“Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya, iaitu wajahnya, kedua tapak tangannya, kedua lututnya dan kedua kakinya.” (HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Ibnu Hibban)



sujud macam ni dikira salah sebab..





“Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (di lantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki di depannya). (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad


Oke guys, selamat beribadah dengan cara yang betul.
till now, bye~


off to derak again..hehe

sumber here and here

Monday, May 9, 2011

Sem Break


memang setiap cuti sem xpernah berenggan dengan makhluk tepi ni


































Umie ngan Muhammad
xcomey gamba nset


hehe, tetibe je raso nk upload gamba..layan jer ..zaaasss~
till then, bye.


Saturday, May 7, 2011

Life is an echo


A little boy, who in a fit of anger shouted to his mother that he hated her.
Then, he perhaps fearing punishment, he ran out of the house to the hillside
and shouted in to the valley, “I hateyou, I hate you, I hate you.”

Back from the valley came the echo, “I hate you, I hate you, I hate you.”

Somewhat startled, the little boy ran back into the house and told his
mother there was a mean little boy in the valley saying he hated him. His
mother took him back to the hillside and told him to shout, “I love you, I
love you.” The little boy did as his mother said and this time he discovered
there was a nice little boy in the valley saying, “I love, I love you.”

Life is an echo. What you send out – comes back. What you sow – you
reap. What you give – you get. What you see in others – exists in you.

Regardless of who you are or what you do, if you are looking for the best
way to reap the most reward in all areas of life, you should look for the
good in every person and in every situation and adopt the golden rule as a
way of life . . .

The risk of marrying a computer programmer



A typical conversation between a COMPUTER PROGRAMMER and his wife.
A typical conversation between a husband who returns late from work as a computer programmer and a house wife.
Husband :”Good Evening Dear, I’m now logged in.”
Wife : Have you brought the ring ?
Husband : Bad command or filename.
Wife : But I told you in the morning…
Husband : Erroneous syntax.
Wife : What about my new blouse ?
Husband : Variable not found …
Wife : At least, give me your Credit Card, I want to do some shopping.
Husband : Sharing Violation. Access denied …
Wife : Do you love me or do you only love computers or are you just being funny ?
Husband : Too many parameters. Abort!…
Wife : It was a grave mistake that I married an idiot like you.
Husband : Data type mismatch.
Wife : You are a useless nut.
Husband : Default Parameter.
Wife : What about your Salary ?
Husband : Access denied. File in use…
He proceeds to the shower and spends there all evening!
Wife : What took you so long?
Husband : You gave me a bottle of shampoo which says “lather, rinse, repeat.”




psst ; hehe, ini hanya gurauan semata2, don't take it serius.. just to have fun. chillax :)
article taken from here

"go get some fresh air just what I'm doing, rolling on fresh green natural carpet", baby

Friday, May 6, 2011

The reason why we read Quran even we do not understand arabic?


Holy Quran

Assalam :)
Here I would like to share an article that all muslims should know and have knowledge about it. Enjoy reading, may you'll get something :)


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”


"You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”



refresh you soul

Thursday, May 5, 2011

Jom test kelajuan blog kita

AS Salam :)



jangan confuse pulak pasal kelajuan tu. Ini bukan racing car or something else yang seangkatan dengannya. Kadang-kadang ade blog yang lambat loading, tunggu punya tunggu sampai hang comp. [haha, xde la..gurau je]. Lambat loading tu munkin terlalu banyak widget2 kat kiri kanan atas bawah kalih or mungkin jugak disebabkan coding yang tak serasi? haha pandai2 je wat andaian padahal tak terrer pun bab2 ni.

Oke guys, jom test speed blog kite and I give you all 2 options which one is depends on you.. chillax :)




Gila gadget .. oh iPad ..skrg iPad2 plak dah=.=






Khai dah beli pun iPad2 tu. Bak katanya, iPad2 ni umpama iPhone 4 yang besar tapi iPad tak leh la nak sms-ing tau pun call-ing2. Namun iPad ada ciri-ciri istimewanya tersendiri.


ini iPhone 4.












Smart Cover yang direka khas untuk iPad sememangnya SMART lah..




Korang akan cepat boring dengan iPad2 ni kalau korang tak memakai produk Apple yang lain. Kebanyakkan mereka yang tidak menyukai produk Apple, kerana mereka tidak mempunyai semua produk Apple yang lain terutamanya produk utama mereka seperti Macbook/iMac dan juga iPhone 4. Jika ada semua, mereka akan tahu betapa gadget-gadget dari Apple ni akan memudahkan hidup korang. Ini kerana setiap gadget ini mampu berinteraksi antara satu sama lain. Susah Khai nak cerita, tapi Khai dah dapat rasakan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta
~khai~


Kalau nak tahu info yang selanjutnya tentang iPad saya suggest you all bace blog khai





bicara hati ; ingin rasanye mende alah cam tu, tapi duit poket kat kampus nanti pun ckop2 makan je..tu pun kalo makan *puff*

Wednesday, May 4, 2011

Creative Art!







ting ting ting ting~~~
cube fikir cane artist Leandro Erlich wat art work macam ni?


To make the illusion, thin layer of water (only 10 cm deep) was suspended over glass. Below the glass, there is an empty room that visitors can enter. Fake swimming pools were installed at the PS1 Art Center in New Yorkand the 21st Century Art Museum in Kanazawa, Japan
.

Tuesday, May 3, 2011

orang cakap kata itu berbisa





Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.

Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.

Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.



bicara hati; cinta itu mungkin buta kerna ia tak mengenal siapa. Namun cinta itu suci bagi yang memahami nikmat kurniaan Ilahi. Hargailah cinta kerana ia tersangat suci, jom jaga hati, iman dan amal <3 ...memburu cintaNYA yang kekal abadi..

Monday, May 2, 2011

smile.... :)


yeay! jumpe font yang kutunggu2
jumpe font ni kat sinie

biasa download kat da font, tapi kt sini xjmpe pon font kat atas tu

selamat bershopping di gedung2 font ;)

Sunday, May 1, 2011

Persiapkan diri sebagai penyambung generasi perjuangan Rasulullah dan Sahabat




Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"


Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.


Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"


Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.




"Dari Allah, Kepada Allah"

- Artikel iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...